MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 25-Week pregnant: Development and diet

Add this post to favorites

Minggu ke-25 kehamilan: Perkembangan dan diet

Dua minggu lagi akan berakhir trimester kedua. Anda sudah bersedia untuk menuju ke garisan penamat? Baca lebih lanjut bagaimana untuk melancarkannya.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-25

Hello apa khabar? Diharapkan anda ok hari ini!

Anda dapat tidur lena malam tadi? Sesetengah bakal ibu menghadapi masalah untuk tidur semasa kehamilan mereka. Malangnya, ini agak semula jadi, kerana keadaan tubuh anda yang semakin membesar. Rancang waktu tidur anda, dimulakan dengan mendisplinkan diri tidur pada waktu yang sama.

Sekarang anda mungkin tertanya-tanya adakah si manja belajar ‘menari’ dalam rahim anda. Dengan pergerakan berterusan dari satu sisi ke satu sisi dan tidak dapat dielakkan menyentuh atau menendang dinding rahim. Dia menyentuh dan menolak dengan tangan dan kakinya, kepalanya atau bahkan belakangnya. Si manja semakin gelisah pada masa-masa tertentu. Jangan panik, tenangkannya dengan mengusap perut anda.

PEMAKANAN

Tepuk dada, tanya selera. Sesetengah wanita mengatakan mereka tidak dapat memenuhi selera mereka kerana mereka berfikir bahawa janin mungkin ‘kecewa’ jika mereka makan makanan yang tidak sesuai, contohnya kari. Bukan begitu, janin tidak menerima kari itu secara ‘bulat-bulat’. Dia hanya menerima pengalaman aromatik melalui cecair amnion anda. Jadi teruskan, gunakan herba dan rempah yang anda suka dan tahu bahawa anda boleh pembelajaran awal tentang perisa yang anak anda mungkin suka dalam beberapa bulan akan datang apabila dia mula makan makanan pepejal.

TIP

Buku lali telah membengkak? Berikut adalah beberapa petua pantas untuk melegakan masalah ini. Ada dua penyelesaian, sama ada duduk dan angkatkan kaki anda atau keluar dan berjalan! Mengangkat kaki anda membantu melegakan tekanan pada kaki dan buku lali anda dan berjalan membolehkan kaki anda mengaktifkan peredaran darah dan membawa cecair ke bahagian lain tubuh anda. Walau bagaimanapun, jika anda bimbang tentang bengkak, atau mendapati bengkak di muka dan/atau tangan anda, berjumpa dengan doktor dengan segera. Sesetengah simptom ini mungkin menunjukkan pra-eklampsia, sejenis tekanan darah tinggi yang biasa semasa kehamilan.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.