MyFeed Personalized Content
Artikel

PLAYING: Food allergies in children: advice you need to know

Add this post to favorites

Alahan makanan pada kanak-kanak kecil: apa anda perlu tahu

Kajian terkini mengenai alahan makanan telah membawa kepada cadangan baharu untuk pengenalan makanan yang mencetuskan alahan sebaik sahaja kanak-kanak mula makan makanan pepejal. Jika anda keliru, teruskan membaca soalan yang biasa ditanya mengikut garis panduan terkini.

4 minit hingga baca Sep 10, 2024

Semasa anda masih kecil, kemungkinan besar ibu bapa anda dinasihatkan untuk tidak memberi anda makanan tertentu sehingga anda besar. Biasanya, ini termasuk kacang tanah, telur, kerang, dan gandum. Baru-baru ini, nasihat itu telah disemak semula. Daripada menangguhkan memberi anak anda makanan yang boleh mencetuskan reaksi alahan, anda mesti memberikannya awal dalam proses pemakanan pelengkap.

 

Soal Jawab (Q&A)

Q: Saya sedang menyusukan anak dan amat bimbang jika anak saya yang berusia 7 bulan terkena alahan terhadap makanan yang saya makan. Perlukah saya mengelakkan sebarang makanan daripada diet saya?

A: Tidak, anda tidak perlu mengelakkan sebarang makanan semasa anda menyusukan anak untuk mengurangkan risiko alahan makanan kepada anak anda. Diet anda penting, tetapi anda tidak perlu menghindari apa-apa melainkan dinasihatkan oleh pakar penjagaan kesihatan anda. Pastikan anda makan diet yang sihat dan seimbang yang kaya dengan nutrien. Anda boleh merujuk Apa yang perlu dimakan semasa anda menyusu dan Menyihatkan diri untuk kesihatan anak anda sebagai panduan.

Q: Adakah anak saya juga mempunyai alahan kepada telur jika saya mempuntai alahan kepadanya? Perlukah saya elakkan daripada memberi anak untuk makan telur?

A: Walaupun alahan boleh diturunkan daripada ibu bapa kepada anak, namun ia tidak selalu berlaku. Ramai kanak-kanak yang mempunyai alahan makanan bukan berpunca daripada keluarga yang mempunyai alahan. Rujuk dengan pakar penjagaan kesihatan anda tentang situasi khusus anak anda. Pertimbangkan untuk menawarkan anak anda sebilangan kecil telur yang dimasak untuk bermula dan perhatikan dengan teliti sebarang tindak balas. Jangan beri dia makanan lain yang berpotensi menyebabkan reaksi alahan pada masa yang sama kerana jika anda melihat tindak balas, anda tidak akan tahu makanan mana yang mungkin menjadi penyebabnya.

Q: Perlukah saya mengekalkan makanan yang ‘selamat’ untuk anak saya yang masih kecil, iaitu makanan yang saya tahu tidak akan mencetuskan alahan?

A: Walaupun anda ingin mengekalkan diet yang selamat buat anak anda, adalah penting untuk anda memperkenalkan makanan yang belum pernah dicuba seperti telur, ikan dan makanan yang mempunyai gluten seperti gandum dan kacang tanah. Anda perlulah memberi Si Manja berbagai jenis makanan, termasuk makanan yang mungkin mencetuskan alahan. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada sesuatu makanan dapat mengurangkan kesan alahan makanan. Pendedahan awal dan berterusan terhadap makanan yang mencetuskan alahan dapat membantu anak anda untuk meningkatkan imunasi dan mengurangkan kadar alahan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa pendedahan kepada pelbagai jenis makanan ketika Si Manja berusia satu tahun dapat mengurangkan kadar asma dan alahan makanan sehingga mereka berusia enam tahun.

 

Perkembangan terkini mengenai kacang tanah dan gluten

Dua bahan ini mendapat banyak perhatian, baik dalam komuniti saintifik mahupun di media di seluruh dunia: Kacang tanah

Kacang merupakan salah satu bahan yang merisaukan ibu bapa kerana kesannya yang mampu meragut nyawa. Kajian terbaru menemui bahawa kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk alergi kepada kacang mungkin dapat dikurangkan dengan memperkenalkan makanan yang mengandungi kacang tanah pada peringkat awal pemakanan. Anda boleh memberi makan kacang untuk kanak-kanak yang sihat dan tidak menghidap sebarang alahan seawal usia enam bulan mengikut tekstur yang sesuai. Anda boleh mencampurkan sedikit kacang tanah yang dihancurkan bersama susu badan atau mentega kacang yang dicampur dengan air. Ingatlah, setiap kacang yang digunakan hendaklah dikisar atau dihancurkan terlebih dahulu supaya Si Manja tidak tercekik. Jika Si Manja menghadapi ekzema atau alahan makanan yang lain, pengenalan kepada kacang dalam pemakanannya hendaklah dipantau oleh pakar perubatan anda.

 

Gluten

Gluten merupakan sejenis protein yang boleh ditemui di dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai yang mampu mencetuskan alahan. Penyakit seliak merupakan kondisi autoimun di mana sistem imun badan memberi tindak balas negatif terhadap gluten dan menyebabkan kerosakan pada lapisan usus. Anak kecil yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit seliak berkemungkinan besar untuk menghidapi masalah yang sama. Cadangan pemakanan adalah supaya makanan yang mengandungi gluten (seperti roti, pasta dan bijirin) untuk permulaan bagi pemakanan awal untuk semua kanak-kanak yang sihat. Mulakan dengan jumlah yang sedikit di rumah berbanding di kedai atau pusat jagaan untuk berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang reaksi.

 

Cara mengesan reaksi alahan

Tubuh  kita memberi reaksi yang berbeza terhadap alahan makanan yang berbeza. Ada reaksi alahan yang berlaku secara pantas, ada juga yang memberi kesan selama satu hingga dua jam selepas makan.

Jika anak anda alah kepada sesetengah makanan, dia mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut
  • hidung berair, batuk, bersin, atau masalah pernafasan
  • gatal kulit atau mulut/bibir, gegata ruam susu

Jika anda merasakan Si Manja mengalami alahan makanan, jumpa pakar kesihatan dengan segera.

 

Rujukan

Du Toit G et al. N Engl J Med 2016; 374(15):1435-43.

Du Toit G et al. N Engl J Med 2015; 372(9):803-13.

Fewtrell M et al.J Pediatr Gastroenterol Nutr 2017; 64(1):119-32.

Greer FR, et al. Pediatrics 2008; 121(1):183-91.

Roduit C,et al. Increased food diversity in the first year of life is inversely associated with allergic diseases. J Allergy Clin Immunol 2014; 133(4):1056-64.

Togias A et al. J Allergy Clin Immunol 2017; 139(1):29-44.

https://celiac.org/celiac-disease/understanding-celiac-disease-2/what-is-celiac-disease/ (Accessed December 18, 2017)

www.worldallergy.org (Accessed December 18, 2017) Last revised: December, 2017