Cara untuk Mendapatkan Makronutrien yang Tepat untuk Kanak-kanak
Semasa tahun-tahun membesar Si Manja, amat penting untuk kita memastikan dia mendapat nutrien yang cukup untuk menyokong tumbesarannya.
Semasa tahun-tahun membesar Si Manja, amat penting untuk kita memastikan dia mendapat nutrien yang cukup untuk menyokong tumbesarannya. Makronutrien adalah khasiat yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak. Ia memainkan peranan penting untuk tumbesaran dan proses metabolisma kerana ia membekalkan tenaga kepada tubuh.
Makronutrien dikenali sebagai nutrien yang memberikan kalori atau tenaga dan ia diperlukan untuk tumbesaran, metabolisma dan fungsi tubuh yang lain. Seperti yang anda jangka, perkataan makro bermaksud besar; oleh itu makronutrien adalah nutrien yang perlu diambil dalam jumlah yang besar.
Nak dapatkan makronutrien yang tepat untuk Si Manja? Terdapat tiga makronutrien yang diperlukan oleh Si Manja di dalam makanan Si Manja semasa tahun-tahun membesar. Ketiga-tiga makronutrien ini adalah - karbohidrat, lemak dan protein.
Karbohidrat
Perkataan karbohidrat atau ‘karbo’ mungkin sering diperkatakan dalam program diet atau dibincangkan di gim tetapi ia sebenarnya hanyalah perkara biasa. Karbohidrat penting kerana ia adalah sumber utama tenaga kepada tubuh. Apabila Si Manja sedang membesar, karbohidrat menyediakan tenaga yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.
Di manakah karbohidrat boleh diperolehi?
• Bijirin bayi adalah sumber karbohidrat; ia diperbuat daripada beras atau gandum atau multi bijirin yang mudah dihadam oleh Si Manja.
• Sumber lain termasuk beras, roti, kentang, beras merah dan bijirin penuh.
Protein
Protein bukan hanya untuk mereka yang sering bersenam di gim. Fungsi utama protein adalah menyokong tumbesaran tubuh dengan membantu membina otot dan sel serta pembentukan tisu. Ia amat penting terutamanya untuk kanak-kanak, remaja dan wanita hamil. Protein juga membantu memperbaiki tisu dan fungsi imun tubuh.
Di manakah protein boleh diperolehi?
• Protein boleh diperolehi daripada daging, seperti ayam dan ikan. Pastikan anda membuang semua tulang dan potong isinya menjadi cebisan kecil untuk mudah dihadam.
• Ia juga boleh diperolehi daripada keju, susu, kacang dan legum.
• Bijirin bayi untuk Si Manja juga mengandungi protein.
Lemak
Oleh sebab nutrien ini sering dikaitkan dengan diet tidak sihat dan obesiti, lemak sering disalahertikan dan dielakkan. Sebenarnya, sejumlah kecil lemak memainkan peranan penting untuk tumbesaran Si Manja. Ia juga merupakan sumber tenaga paling padat, dan membantu tubuh untuk menyerap vitamin seperti vitamin A, D, E dan K.
Dari manakah lemak boleh diperolehi?
• Di antara sumber biasa lemak termasuk mentega, marjerin dan pelbagai minyak masak
Makronutrien sangat penting sepanjang tahun-tahun membesar Si Manja anda, dan ia sering membentuk asas kepada diet yang sihat. Pastikan nutrien disediakan daripada pelbagai sumber makanan Si Manja yang mudah dihadam, dan dilengkapi dengan makronutrien. Diet yang seimbang menyokong tumbesaran sihat Si Manja anda dalam jangka panjang.
Makanan pelengkap berkhasiat yang lain seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, ikan dan ayam boleh mula diperkenalkan bersama makanan bayi kepada Si Manja pada usia 6 bulan.
Bijirin Bayi CERELAC boleh disediakan untuk Si Manja sebagai pilihan untuk mempelbagaikan diet Si Manja.
Bijirin Bayi CERELAC diperbuat menggunakan Teknologi Cereals Hydrolysed Enzymatically (CHE) untuk memecahkan karbohidrat di dalam bijirin menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam.
Artikel berkaitan