Menguruskan pengambilan zat besi anak anda
Menguruskan keperluan nutrisi anak anda sememangnya mencabar, ditambah pula dengan kebimbangan berlakunya anemia kekurangan zat besi.
Menguruskan keperluan nutrisi anak anda sememangnya mencabar, ditambah pula dengan kebimbangan berlakunya anemia kekurangan zat besi. Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak anda. Apa sahaja yang dimakan oleh anak anda memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka, termasuk perkembangan fizikal dan minda mereka1.
Walaupun terdapat pelbagai punca kekurangan, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menguruskan pengambilan zat besi anak anda. Paling penting, ingatlah bahawa perut mereka agak kecil dan setiap kalori yang dimakan mestilah mengandungi nutrisi yang mencukupi. Keperluan zat besi kanak-kanak (berdasarkan berat tubuh) adalah 5 ½ ganda berbanding orang dewasa2,3!
Antara amalan penting semasa merancang sajian anak anda adalah memastikan makanan mereka kaya dengan zat besi. Daging merah adalah salah satu sumber bioketersediaan zat besi tertinggi, di mana ia bermaksud tubuh dapat menyerap dengan baik zat besi yang terdapat di dalam daging merah2,4,5.
Makanan yang diperkaya dengan zat besi dapat membantu mengurangkan risiko kekurangan zat besi dan anemia kekurangan zat besi. Makanan diperkaya dengan zat besi, seperti CERELAC, mengandungi vitamin dan mineral, adalah cara mudah untuk menampung jurang nutrisi, dengan mememenuhi sehingga 50% daripada keperluan harian zat besi anak anda5, dalam setiap mangkuk. Ia adalah cara yang mudah dan bagus untuk membantu menyediakan nutrien penting dan tenaga yang kanak-kanak perlukan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat1, dalam hidangan yang cukup kecil untuk memenuhi perut mereka yang sememangnya kecil. Sayuran berdaun hijau gelap juga sangat bagus, ia menyediakan sehingga 14% daripada keperluan harian zat besi bayi dalam setiap hidangan (100g)2,4.
Seperti yang anda lihat, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk membantu memastikan anak anda mendapat zat besi yang diperlukannya setiap hari untuk kesihatan pada hari ini dan juga masa hadapan.
Rujukan
1. EFSA, 2013, Scientific Opinion on the substantiation of a health claim related to iron and contribution to normal cognitive development pursuant to Article 14 of Regulation (EC) No 1924/20061. Official Journal of the European Union, 11171, p. 3335.
2. WHO/FAO Vitamin and Mineral Requirements in Human Nutrition. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. Second edition. WHO/FAO. 2004.
3. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. Food and Agriculture Organization of the United Nations, Rome, 2008.
4. Guidelines on Formulated Supplementary Foods for Older Infants and Young Children (CAS/GL08-1991) (update in process in 2013), in the absence of references values in the related standard for processed cereal based foods for infants and children (STAN74-1981).
5. Malaysia RNI 2005, daily iron intake for children aged 6 to 11 months. One serving of NESTLÉ CERELAC (50g) contain 5mg/serving of iron.
Artikel berkaitan