Perlukah saya mengelakkan senaman semasa hamil?
Senaman adalah penting untuk badan yang sihat. Anda tidak perlu berhenti bersenam sepenuhnya semasa hamil kecuali dinasihatkan oleh pakar kesihatan anda. Senaman yang sederhana akan membantu anda melawan keletihan dan tekanan. Lebih penting lagi, ia membantu diri anda berasa ceria. Senaman-senaman berimpak rendah yang disyorkan semasa hamil adalah seperti berenang atau senaman regangan di rumah. Sekali-sekala anda juga boleh berjalan-jalan di taman dengan pasangan anda.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Masih belum jumpa apa yang anda cari?