Apakah nasihat anda terhadap Si Manja yang memilih makanan?
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan persiapan pelbagai alternatif. Anda boleh memberikan Si Manja susu lebih kurang setengah jam selepas makan makanan pejal. Jika tidak, seleranya boleh terganggu. Mempunyai beberapa makanan dengan pelbagai tekstur seperti roti, spageti atau sup juga amat membantu. Memberikan kudapan adalah salah satu cara yang bagus jika Si Manja suka memegang makanan atau makan dengan sendiri ketika bermain. Pada usia ini, Si Manja akan menjadi lebih aktif. Oleh itu, anda perlu mengelakkan mereka daripada gangguan ketika waktu makan. Tambahan pula, menyajikan makanan dengan elemen yang berwarna-warni dan hiasan yang comel akan menarik perhatian Si Manja.
*Berikut merupakan tips untuk membantu anda menguruskan Si Manja yang memilih makanan
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Masih belum jumpa apa yang anda cari?