Tumbesaran Optimum - Pemkembangan Minda dan Fizikal
Walaupun Si Manja masih kecil, anda sudah boleh membantu tumbesaran Si Manja dari segi mental dan juga fizikal.
Walaupun Si Manja masih kecil, anda sudah boleh membantu tumbesaran Si Manja dari segi mental dan juga fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menggalakkan Si Manja untuk turut serta dalam aktiviti seperti senaman dan membaca dimana ia boleh menyokong tumbesaran minda dan fizikal Si Manja.
Perkembangan Fizikal
Badan Si Manja yang sedang membesar penuh dengan potensi. Pada peringkat ini, ia amat penting untuk anda menyediakan asas yang kukuh untuk Si Manja dan membina badan Si Manja yang sihat. Anda perlu memperkenalkan pemakanan yang sihat, di samping menggalakkan tabiat makan yang sihat dan juga senaman.
Seperti orang dewasa, Si Manja juga memerlukan senaman yang kerap untuk membina tubuh yang sihat. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk bersenam, ini akan membantu mereka:
• Mengurangkan tekanan
• Yakin pada diri sendiri
• Mengekalkan berat badan yang sihat
• Mendapatkan tubuh, tulang dan sendi yang sihat
• Tidur dengan lebih nyenyak
Bawa Si Manja anda keluar ke taman atau berenang di dalam kolam renang agar mereka kekal aktif. Anda juga boleh mengajar mereka tentang aktiviti luar seperti berenang.
Perkembangan Mental
Pada usia ini, Si Manja lebih bersikap ingin tahu tentang dunianya. Apabila berada di luar rumah, Si Manja akan berlari, memanjat dan sebagainya di sekitar taman. Anda seharusnya menggalakkan Si Manja, agar mereka terus meneroka dan mempelajari mengenai dunia dan perkara baru.
Di sini terdapat beberapa langkah untuk menggalakkan perkembangan Manja.
• Baca buku untuk Si Manja dan galakkan mereka untuk turut serta.
• Galakkan Si Manja untuk bermain dengan kanak-kanak lain, ini akan mengajar mereka tentang erti berkongsi.
• Cakap dengan Si Manja menggunakan ayat penuh dan betul untuk membantu Si Manja belajar kemahiran bahasa yang baik.
• Ajar Si Manja tentang lagu atau sajak kanak-kanak yang mudah difahami. Dengan ini anda boleh memperkenalkan beberapa perkataan baru untuk Si Manja.
• Puji Si Manja apabila mereka bersikap baik dan kurangkan perhatian apabila mereka nakal.
Kepentingan Nutrisi yang Baik
Makanan yang sihat adalah salah satu punca dalam tumbesaran yang sihat untuk Si Manja. Si Manja memerlukan nutrisi-nutrisi penting untuk membantunya mendapatkan tumbesaran yang optimum. Anda boleh menggalakkan Si Manja makan secara seimbang dengan dengan memberikan makanan yang mengandungi nutrisi-nutrisi seperti:
1. DHA – didapati dengan banyak dalam otak Si Manja
2. Vitamin B12 – diperlukan untuk membentuk sel darah merah
3. Zat Besi – Satu komponen haemoglobin di dalam sel darah merah yang membawa oksigen di sekitar badan.
4. Protein – Penting untuk tumbesaran otot
5. Kalsium – Menyokong pembetukan tulang dan gigi yang kuat
6. Vitamin D – Membantu tubuh Si Manja menggunakan kalsium dan fosforus dengan sepenuhnya
Untuk memberikan Si Manja makanan yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan, anda boleh memberijan susu yang diperkaya dengan nutrisi-nutrisi penting. Nutrisi yang betul akan bantu menyokong perkembangan otak dan fizikal Si Manja.
Artikel berkaitan