Apakah nutrisi penting yang diperlukan dalam diet saya semasa hamil?
Apabila merancang diet anda, terdapat beberapa nutrien utama yang perlu diberi perhatian semasa hamil. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam boleh mengandungi folat serta pelbagai nutrien lain seperti vitamin A, C dan K. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni dan terang akan memastikan anda dan Si Manja memperolehi pelbagai vitamin dan mineral. Ini akan membantu menyokong sistem pencernaan anda semasa hamil. Sepanjang kehamilan anda, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang merangkumi pelbagai jenis makanan dari kesemua 5 kumpulan makanan.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Masih belum jumpa apa yang anda cari?