Apakah tahap pengetahuan anda tentang alahan?
Bolehkah anda bezakan antara fakta dan mitos dalam kuiz ini? Sila lengkapkan kuiz untuk melanjutkan ke artikel seterusnya.
1. Betul atau Salah? Telur tidak boleh diberikan sehingga anak anda berumur satu tahun.
BETUL
Salah! Anda boleh memberikan anak anda yang sihat telur masak dengan tekstur yang sesuai mengikut umur, bersama-sama dengan makanan pelengkap lain, bermula dari umur enam bulan.
SALAH
Betul! Anda boleh memberikan anak anda yang sihat telur masak dengan tekstur yang sesuai mengikut umur, bersama-sama dengan makanan pelengkap lain, bermula dari umur enam bulan.
2. Betul atau Salah? Anda boleh berikan ikan kepada anak anda dari umur 6 bulan ke atas.
BETUL
Betul! Ikan adalah sumber protein yang baik, penting untuk pertumbuhan. Ikan berminyak seperti tuna, mackerel atau salmon adalah sumber DHA yang penting untuk perkembangan otak dan mata. Elakkan ikan yang diketahui mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, seperti tenggiri batang, tilapia dan ikan todak.
SALAH
Salah! Ikan adalah sumber protein yang baik, penting untuk pertumbuhan. Ikan berminyak seperti tuna, mackerel atau salmon adalah sumber DHA yang penting untuk perkembangan otak dan mata. Elakkan ikan yang diketahui mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, seperti tenggiri batang, tilapia dan ikan todak.
3. Betul atau Salah? Makanan yang mengandungi kacang tanah boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas.
BETUL
Betul! Bagi kanak-kanak yang sihat dan tidak pernah didiagnos dengan sebarang alahan sebelum ini, makanan yang mengandungi kacang tanah boleh diperkenalkan pada usia sekitar enam bulan, bersama-sama dengan makanan pelengkap lain. Teksturnya perlu sesuai dengan umur dan diberikan dalam jumlah yang sangat kecil. Kacang tanah hendaklah dikisar sebelum diberikan. Jika anak anda mempunyai ekzema atau alahan makanan, pengambilan kacang tanah pertama mereka harus diawasi oleh pakar penjagaan kesihatan. Semak dengan pakar penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat untuk anda dan anak anda sebelum memperkenalkan kacang tanah.
SALAH
Salah! Bagi kanak-kanak yang sihat dan tidak pernah didiagnos dengan sebarang alahan sebelum ini, makanan yang mengandungi kacang tanah boleh diperkenalkan pada usia sekitar enam bulan, bersama-sama dengan makanan pelengkap lain. Teksturnya perlu sesuai dengan umur dan diberikan dalam jumlah yang sangat kecil. Kacang tanah hendaklah dikisar sebelum diberikan. Jika anak anda mempunyai ekzema atau alahan makanan, pengambilan kacang tanah pertama mereka harus diawasi oleh pakar penjagaan kesihatan. Semak dengan pakar penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat untuk anda dan anak anda sebelum memperkenalkan kacang tanah.
4. Betul atau Salah? Memberi anak anda makanan yang biasanya menyebabkan alahan, seperti yang mengandungi telur, ikan, gandum, atau kacang tanah, apabila anda baru mula memberi makanan pelengkap dari usia enam bulan boleh mengurangkan kemungkinan dia mengalami alahan makanan.
BETUL
Betul! Jika anak anda mempunyai ekzema, sejarah alahan dalam keluarga, atau sebarang alahan makanan semasa, berbincanglah dengan pakar penjagaan kesihatan anda sebelum memperkenalkan makanan yang berpotensi mencetuskan alahan. Bagi kanak-kanak yang sihat, kajian menunjukkan bahawa, sebaik sahaja anak anda makan makanan pepejal, sila masukkan sejumlah kecil makanan ini dalam dietnya, satu demi satu dan ia boleh mengurangkan risiko alahan. Adalah dipercayai bahawa mengambil makanan ini seawal mungkin dapat membantu perkembangan daya tahan anak anda dan seterusnya mengurangkan risiko alahan.
SALAH
Salah! Jika anak anda mempunyai ekzema, sejarah alahan dalam keluarga, atau sebarang alahan makanan semasa, berbincanglah dengan pakar penjagaan kesihatan anda sebelum memperkenalkan makanan yang berpotensi mencetuskan alahan. Bagi kanak-kanak yang sihat, kajian menunjukkan bahawa, sebaik sahaja anak anda makan makanan pepejal, sila masukkan sejumlah kecil makanan ini dalam dietnya, satu demi satu, boleh mengurangkan risiko alahan. Adalah dipercayai bahawa mengambil makanan ini seawal mungkin dapat membantu perkembangan daya tahan anak anda dan seterusnya mengurangkan risiko alahan.
5. Betul atau Salah? Jika anda menyusukan si manja, anda harus mengelakkan makanan yang diketahui menyebabkan alahan daripada diet anda.
BETUL
Salah! Tidak perlu mengehadkan diet anda semasa anda menyusukan si manja. The Malaysian Allergy Prevention Guidelines for Healthcare Professionals menyatakan bahawa untuk mencegah alahan, ibu yang menyusukan tidak perlu mengikut diet bebas alergen.
SALAH
Betul! Tidak perlu mengehadkan diet anda semasa anda menyusukan si manja. The Malaysian Allergy Prevention Guidelines for Healthcare Professionals menyatakan bahawa untuk mencegah alahan, ibu yang menyusukan tidak perlu mengikut diet bebas alergen.
6. Betul atau Salah? Makanan yang mengandungi gluten, yang terdapat dalam gandum, barli, dan rai, boleh diberikan kepada anak anda apabila anda memulakan makanan pelengkap (sekitar usia enam bulan).
BETUL
Betul! Cadangan terkini adalah memperkenalkan gluten pada umur kira-kira enam bulan, ketika makanan pelengkap diberikan kepada anak anda. Seperti apabila memperkenalkan makanan baru, berikan makanan yang mengandungi gluten kepada anak anda dalam jumlah yang sedikit untuk beberapa kali pertama mencubanya. Jika selepas beberapa hari anak anda tidak menunjukkan tanda atau gejala reaksi alergi, anda boleh memberikan makanan baru yang lain. Jumlah makanan yang mengandungi gluten yang banyak perlu dielakkan dalam beberapa minggu pertama selepas diperkenalkan, dan sepanjang tahun pertama anak anda.
SALAH
Salah! Cadangan terkini adalah memperkenalkan gluten pada umur kira-kira enam bulan, ketika makanan pelengkap diberikan kepada anak anda. Seperti apabila memperkenalkan makanan baru, berikan makanan yang mengandungi gluten kepada anak anda dalam jumlah yang sedikit untuk beberapa kali pertama mencubanya. Jika selepas beberapa hari anak anda tidak menunjukkan tanda atau gejala reaksi alergi, anda boleh memberikan makanan baru yang lain. Jumlah makanan yang mengandungi gluten yang banyak perlu dielakkan dalam beberapa minggu pertama selepas diperkenalkan, dan sepanjang tahun pertama anak anda.
KEPUTUSAN
Tahniah, anda telah menyelesaikan kuiz ini! Bagaimana markah anda?
0-2
Jangan risau, terdapat begitu banyak maklumat baharu untuk dipelajari tentang alahan. Catat soalan yang anda salah dan kemudian ambil semula kuiz dalam masa beberapa hari. Anda boleh merujuk Bilakah seharusnya saya berikan anak saya, gandum, telur atau kacang? dan Alahan makanan: nasihat yang perlu anda ketahui untuk maklumat lanjut.
3-5
Anda di landasan yang betul - hanya beberapa perkara lagi untuk dipelajari tentang alahan. Semak soalan mana yang anda salah dan kembali untuk mencuba lagi kuiz tidak lama lagi. Anda boleh merujuk Bilakah seharusnya saya berikan anak saya, gandum, telur atau kacang? dan Alahan makanan: nasihat yang perlu anda ketahui untuk maklumat lanjut.
6-7
Syabas! Anda mendapat markah tertinggi, atau sangat hampir. Anda mempunyai pengetahuan tentang alahan yang tinggi - masa untuk berkongsi pengetahuan anda dengan rakan dan keluarga. Anda boleh merujuk Bilakah seharusnya saya berikan anak saya, gandum, telur atau kacang? dan Alahan makanan: nasihat yang perlu anda ketahui untuk meningkatkan lagi pengetahuan anda tentang alahan.
Rujukan
Du Toit G et al. N Engl J Med 2015; 372(9):803-13.
Fewtrell M, et al. J Pediatr Gastroenterol Nutr. 2017; 64(1):119-132.
Greer FR, et al. Pediatrics. 2008; 121(1):183-91
lerodiakonou D, et al. JAMA. 2016; 316(11):1181-1192.
Togias A, et al.J Allergy Clin Immunol. 2017; 139(1):29-44.
Malaysian Society of Allergy and Immunology. Malaysian Allergy Prevention Guidelines for Healthcare Professionals. 2014.
www.worldallergy.org (Accessed December 18, 2017)
Last revised: December, 2017