How to get relief from postpartum back pain

How to Get Relief from Postpartum Back Pain

Bagaimana untuk Melegakan Sakit Belakang selepas Bersalin

Selepas bersalin
Artikel
Feb 19, 2021
3 minit

Sakit belakang akan menjadi satu kebiasaan bagi anda selepas hamil 9 bulan.

Author(s): Danial Ahmad

Sakit belakang akan menjadi satu kebiasaan bagi anda selepas hamil 9 bulan. Sakit pinggang akan terjadi selepas bersalin walaupun anda cuba untuk mengelakkannya.


Kenapa Saya Mengalami Sakit Belakang Selepas Bersalin?

 

Ketika hamil, hormon yang dikenali sbagai relaxin akan dilepaskan. Hormon tersebut melegakan sendi dan ligamen di bahagian pinggang pelvis supaya ada lebihan ruang untuk melahirkan anak. Relaxin juga memberi kesan pada semua sendi lain dalam badan, mengakibatkan ketidakstabilan dan menjejaskan postur anda. Ia juga mengakibatkan pendedahan yang mudah terhadap  penjajaran tidak seimbang pada sendi, keradangan dan kecederaan.

Wanita yang pernah mengalami sakit belakang sebelum atau selepas kehamilan adalah lebih cenderung mengalami sakit belakang selepas bersalin. Berat badan berlebihan juga  meningkatkan risiko sakit selepas bersalin.


Apa yang boleh saya lakukan?

 

Sakit belakang selepas bersalin selalunya akan hilang dalam beberapa bulan walaupun sesetengah wanita mengalami kesan yang lama. Perkara terpenting yang boleh anda lakukan adalah untuk lebih berhati-hati dengan belakang anda. Mengangkat benda berat? Suruh pasangan anda. Sesuai dengan egonya dan dia juga dapat melakukan senaman. Cakap dengan lembut untuk membuatkannya berasa selesa.

Anda juga boleh cuba langkah-langkah ini:

  1. Lengkungan pelvis: Baring terlentang dengan bengkokkan lutut anda. Tarik nafas panjang dan tekan belakang anda ke lantai sambil melentur pelvis anda sedikit. Tahan selama 10 saat. Ulang semula kira-kira 5 minit.
  2. Jika anda perlu mengangkat sesuatu, cangkung, ketatkan abdomen, gunakan kedua-dua lutut anda untuk mengangkat dan pastikan belakang anda tegak. Jangan membongkok.
  3. Cuba untuk tidak berdiri terlalu lama. Belakang anda perlukan rehat.
  4. Apabila menyusukan anak, letakkan mereka dekat dengan anda dan jangan membongkok.
  5. Dapatkan kepastian pakar penjagaan kesihatan tentang masa yang sesuai untuk anda bersenam. Ia dapat membantu menguatkan keseluruhan badan anda. Mulakan dengan regangan untuk fleksibiliti.
  6. Jumpa kiropraktor untuk mengurut.


Jika anda mengalami kesakitan yang kuat tanpa henti atau makin teruk, berhubunglah dengan pakar penjagaan kesihatan anda. Kebas juga adalah tanda yang tidak baik. Jumpa pakar penjagaan kesihatan dengan segera.

Perkara terpenting yang perlu anda ingat selepas bersalin adalah jangan begitu tertekan. Dapatkan pertolongan daripada keluarga; pasangan atau ibu bapa anda. Pasangan anda boleh bantu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan ibu bapa mungkin boleh bantu anda menjaga bayi buat sementara waktu. Ingatlah bahawa mereka sedia membantu. Sudah tentu anda boleh membalasnya dengan masakan yang lazat.

 

Artikel berkaitan

View details Tanda-tanda Baby blues vs kemurungan selepas bersalin
Artikel
Signs of Baby blues vs postpartum depression

Tanda-tanda Baby blues vs kemurungan selepas bersalin

Wondering how to know if I have postnatal depression? You’ve just birthed a human, your whole has been turned upside down, and you haven’t slept for what feels like an age.

5 minit hingga baca

View details Pembedahan Caesarean: Apa yang perlu dipertimbangkan
Artikel
C-sections: What you need to consider

Pembedahan Caesarean: Apa yang perlu dipertimbangkan

Pembedahan Caesarean disebabkan sama ada anda tidak boleh melahirkan secara normal kerana faktor perubatan atau pembedahan secara elektif iaitu keputusan peribadi yang anda pilih.

2 minit hingga baca

View details Perubahan Badan Selepas Bersalin: Apa yang menyebabkan saya sakit payudara?
Artikel
Mother holding her breast in pain, one of her postpartum body changes

Perubahan Badan Selepas Bersalin: Apa yang menyebabkan saya sakit payudara?

Perubahan badan selepas bersalin boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian payudara.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean
Artikel
167289239_xl

Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean

Seperti mana-mana pembedahan, pemulihan pembedahan caesarean juga mengambil masa.

2 minit hingga baca

View details Bersenam Selepas Bersalin: 3 Latihan Postpartum yang Perlu Anda Pertimbangkan
Artikel
Exercising after childbirth: 3 postpartum exercises you should consider

Bersenam Selepas Bersalin: 3 Latihan Postpartum yang Perlu Anda Pertimbangkan

Setelah melahirkan anak, anda mungkin mula mengenang kembali hari-hari biasa sebelum hamil. Anda boleh bangun pada pukul 6:00 pagi untuk pergi berlari kemudian berenang di waktu petang.

3 minit hingga baca

View details Komplikasi Postpartum: Keadaan yang Memberi Kesan Kepada Anda Selepas Bersalin
Artikel
Postpartum complications: conditions that affect you after birth

Komplikasi Postpartum: Keadaan yang Memberi Kesan Kepada Anda Selepas Bersalin

Selepas anak anda dilahirkan, badan anda sedang terus berusaha untuk pulih dan memiliki kekuatan luar biasa bagi menyelamatkan dunia. Hanya semata-mata untuk menjaga anak anda yang baru lahir.

3 minit hingga baca

View details Bayi Muntah? Ketahu Punca Dan Cara Untuk Mengatasinya
Artikel
Is your baby vomitting? learn why and how to handle it

Bayi Muntah? Ketahu Punca Dan Cara Untuk Mengatasinya

Secara umumnya setiap bayi pernah mengalami muntah-muntah yang seringkali membuatkan ibu bapa menjadi risau dan cemas. Terutamanya bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata.

Danial Ahmad, Author

4 minit hingga baca

View details Memahami Mastitis
Artikel
understanding-mastitis-1

Memahami Mastitis

Jangan biarkan mastitis mengganggu keseronokan anda sebagai seorang ibu. 

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Perlukan sedikit ruang daripada pelawat semasa postnatal?
Artikel
How to handle visitors after giving birth

Perlukan sedikit ruang daripada pelawat semasa postnatal?

Sekiranya anda seorang ibu atau ayah yang terharu dengan terlalu banyak pengunjung, jangan panik.

2 minit hingga baca

View details Alahan - apa yang anda perlu tahu
Artikel
Baby allergies_01_EXPLORE_Allergies what you need to know

Alahan - apa yang anda perlu tahu

Tahukah anda? Protein susu adalah salah satu daripada alergen yang biasa menyerang kanak-kanak, terutamanya apabila mereka mula memakan makanan pejal.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.