Bagaimana untuk Melegakan Sakit Belakang selepas Bersalin
Sakit belakang akan menjadi satu kebiasaan bagi anda selepas hamil 9 bulan.
Sakit belakang akan menjadi satu kebiasaan bagi anda selepas hamil 9 bulan. Sakit pinggang akan terjadi selepas bersalin walaupun anda cuba untuk mengelakkannya.
Kenapa Saya Mengalami Sakit Belakang Selepas Bersalin?
Ketika hamil, hormon yang dikenali sbagai relaxin akan dilepaskan. Hormon tersebut melegakan sendi dan ligamen di bahagian pinggang pelvis supaya ada lebihan ruang untuk melahirkan anak. Relaxin juga memberi kesan pada semua sendi lain dalam badan, mengakibatkan ketidakstabilan dan menjejaskan postur anda. Ia juga mengakibatkan pendedahan yang mudah terhadap penjajaran tidak seimbang pada sendi, keradangan dan kecederaan.
Wanita yang pernah mengalami sakit belakang sebelum atau selepas kehamilan adalah lebih cenderung mengalami sakit belakang selepas bersalin. Berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko sakit selepas bersalin.
Apa yang boleh saya lakukan?
Sakit belakang selepas bersalin selalunya akan hilang dalam beberapa bulan walaupun sesetengah wanita mengalami kesan yang lama. Perkara terpenting yang boleh anda lakukan adalah untuk lebih berhati-hati dengan belakang anda. Mengangkat benda berat? Suruh pasangan anda. Sesuai dengan egonya dan dia juga dapat melakukan senaman. Cakap dengan lembut untuk membuatkannya berasa selesa.
Anda juga boleh cuba langkah-langkah ini:
- Lengkungan pelvis: Baring terlentang dengan bengkokkan lutut anda. Tarik nafas panjang dan tekan belakang anda ke lantai sambil melentur pelvis anda sedikit. Tahan selama 10 saat. Ulang semula kira-kira 5 minit.
- Jika anda perlu mengangkat sesuatu, cangkung, ketatkan abdomen, gunakan kedua-dua lutut anda untuk mengangkat dan pastikan belakang anda tegak. Jangan membongkok.
- Cuba untuk tidak berdiri terlalu lama. Belakang anda perlukan rehat.
- Apabila menyusukan anak, letakkan mereka dekat dengan anda dan jangan membongkok.
- Dapatkan kepastian pakar penjagaan kesihatan tentang masa yang sesuai untuk anda bersenam. Ia dapat membantu menguatkan keseluruhan badan anda. Mulakan dengan regangan untuk fleksibiliti.
- Jumpa kiropraktor untuk mengurut.
Jika anda mengalami kesakitan yang kuat tanpa henti atau makin teruk, berhubunglah dengan pakar penjagaan kesihatan anda. Kebas juga adalah tanda yang tidak baik. Jumpa pakar penjagaan kesihatan dengan segera.
Perkara terpenting yang perlu anda ingat selepas bersalin adalah jangan begitu tertekan. Dapatkan pertolongan daripada keluarga; pasangan atau ibu bapa anda. Pasangan anda boleh bantu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan ibu bapa mungkin boleh bantu anda menjaga bayi buat sementara waktu. Ingatlah bahawa mereka sedia membantu. Sudah tentu anda boleh membalasnya dengan masakan yang lazat.
Artikel berkaitan