MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: Food for Your Second Trimester

Add this post to favorites

Pemakanan untuk Trimester Kedua Anda

Trimester kedua kadang-kala dikenali sebagai trimester paling selesa kerana ia adalah tempoh yang paling mudah bagi ibu mengandung.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Trimester kedua kadang-kala dikenali sebagai trimester paling selesa kerana ia adalah tempoh yang paling mudah bagi ibu mengandung. Ini tidak bermakna anda boleh makan makanan ringan kegemaran anda secara sewenang-wenangnya. Dalam tempoh ini, anda harus beralih dari pemakanan trimester pertama kepada pemakanan yang lebih sesuai untuk trimester kedua anda. Berikut adalah beberapa tip untuk anda.

Trimester kedua adalah masa apabila perasaan loya dan keletihan berkurangan. Anda akan lebih bertenaga dan berasa seperti diri anda sebelum ini. Walau bagaimanapun, apabila Si Manja dalam kandungan anda terus membesar, anda akan merasa lebih tekanan di belakang badan anda. Duduk secara tegak dan gunakan kerusi yang mempunyai sokongan belakang yang baik kerana ini akan memberikan anda keselesaan. Kasut yang selesa juga boleh membantu menyokong badan anda apabila anda berjalan. Apabila anda tidur, tidur mengiring dengan meletakkan bantal antara kaki untuk mengurangkan tekanan. 

Anda harus memberi tumpuan kepada perancangan pemakanan trimester kedua, dan memastikan makanan anda kaya dengan kalsium. Untuk terus menguatkan tulang anda, serta pertumbuhan dan perkembangan kandungan anda, anda memerlukan kalsium, fosforus, magnesium dan vitamin D untuk mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Si Manja juga memerlukan jumlah kalsium yang cukup untuk membina tulang dan gigi yang sihat. Si Manja akan memperolehi kalsium daripada badan anda. Oleh itu, anda perlu memerlukan kalsium yang secukupnya. Bagi badan anda sendiri, kalsium akan melindungi ketumpatan tulang anda semasa dan selepas kehamilan.

Untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat dengan kalsium, Si Manja akan memerlukan vitamin D. Ia membantu penyerapan kalsium untuk anda dan Si Manja. Anda boleh mendapatkan vitamin D daripada susu, telur dan bijirin yang diperkaya.

Teruskan pengambilan zat besi dan folat yang mencukupi dalam pemakanan harian anda. Si Manja memerlukan semua nutrien yang penting untuk perkembangannya yang sihat.

Anda juga boleh cuba probiotik. Probiotik ialah kultur hidup bakteria berfaedah yang boleh memanfaatkan kesihatan badan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi. Terdapat hampir 80% sel yang menghasilkan antibodi di dalam saluran penghadaman kita.  Probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria berfaedah dan bakteria berbahaya untuk memastikan saluran penghadaman yang sihat.

Bagi melengkapi pemakanan yang sihat, anda boleh cuba Nestlé MOM. Ia merupakan susu formula rumusan khas dan diperkaya dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi, serta vitamin A dan C. Nestlé MOM juga mengandungi DHA (125mg setiap 100g tepung susu) yang banyak didapati dalam otak. Selain itu, Nestlé MOM juga membekalkan protein untuk menyokong keperluan tambahan semasa kehamilan anda.

Nestlé MOM juga mengandungi kebaikan BIFIDUS BL. BIFIDUS BL ialah bakteria berfaedah yang menyokong kesihatan usus. Ambillah nutrisi yang berpatutan semasa kehamilan anda dengan Nestlé MOM, anda boleh menikmati manfaatnya sebaik sahaja anda tahu anda hamil. Hanya 2 gelas sehari boleh membantu membekalkan anda dengan nutrisi yang diperlukan dari awal penghamilan anda.

Jika anda memerlukan nasihat, bincanglah dengan doktor atau pakar kesihatan anda. Anda mungkin memerlukan dan menghargai sokongan yang diberikan, terutamanya daripada ahli keluarga dan pasangan anda. Bincanglah dengan mereka apabila anda berasa tertekan atau ingin meluahkan perasaan. Anda akan menyambut kelahiran Si Manja tidak lama lagi, jadi nikmatilah detik indah ini.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.