
Kek Pisang & Kurma
Ini adalah gabungan pisang dan kurma untuk memberikan pengenalan kepada buah-buahan dan tekstur pepejal. Pisang dan kurma mengandungi serat yang membantu dengan sistem penghadaman.
Ramuan
50g mentega
50g madu**
1 sudu besar kurma, dipotong (biji dibuang)
100g pisang, dilecek
10 sudu besar CERELAC Gandum, Madu* & Kurma
*Madu yang digunakan dalam produk ini telah menjalani rawatan haba yang disahkan secara luaran yang menyahaktifkan sebarang bakteria Clostridium Botulinum, menjadikan produk kami selamat untuk dimakan.
**Madu tidak boleh diperkenalkan sebelum umur 12 bulan melainkan spora Clostridium botulinum telah dinyahaktifkan oleh rawatan tekanan tinggi dan suhu tinggi yang mencukupi, seperti yang digunakan oleh industri.
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1.Dalam periuk, cairkan mentega dengan madu** sehingga dilarut.
2. Alihkan dari dapur, masukkan kurma dan pisang, kemudian kacau.
3. Masukkan CERELAC Gandum, Madu* & Kurma dan kacau hingga sebati.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180°C selama 15 minit atau sehingga sedikit kekuningan.
5. Keluarkan dari ketuhar, biarkan sejuk dan potong kepada kepingan. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 109 kcal
Protein: 1.7g
Lemak: 5.0g
Karbohidrat: 14.3g
Produk yang digunakan

BIJIRIN BAYI CERELAC GANDUM & MADU
Varian yang berkhasiat dan lazat untuk membantu tumbesaran dan meningkatkan cita rasa si kecil anda sambil menyediakan semua nutrisi yang diperlukan untuk membesar.
Helpful tools