Mengenal pasti Berat Badan yang Sihat untuk Si Manja
Waktu bermain yang semakin panjang bermakna Si Manja anda telah menggunakan lebih banyak kalori berbanding pemakanannya. Ketika inilah anda melihat Si Manja seperti telah mula susut berat badannya.
Waktu bermain yang semakin panjang bermakna Si Manja anda telah menggunakan lebih banyak kalori berbanding pemakanannya. Ketika inilah anda melihat Si Manja seperti telah mula susut berat badannya. Situasi di mana Si Manja terlebih makan atau terkurang khasiat juga membimbangkan. Pada peringkat ini, pastikan anda mengisi diet Si Manja dengan makanan bayi berkhasiat yang seimbang agar mereka mempunyai tenaga mencukupi yang diperlukan untuk bermain. Ia boleh membantu Si Manja mengekalkan berat badan yang sihat semasa dia membesar.
Kebiasaannya, berat badan purata kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan adalah sekitar 10kg, untuk perempuan pula dalam lingkungan 9kg. Namun begitu, setiap kanak-kanak adalah unik dan mungkin berada di dalam lingkungan pertumbuhan purata untuk usia mereka. Jika berat Si Manja berkurang atau berlebih sedikit, ia adalah perkara biasa. Selagi Si Manja berada di dalam lingkungan berat badan yang sihat, dan tidak mengalami sebarang perubahan mendadak, anda tidak perlu risau. Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati jika perbezaan di antara berat Si Manja dan berat purata terlalu besar. Jika ia berlaku, rujuklah kepada pakar kanak-kanak Si Manja. Jika Si Manja terlebih atau terkurang makan makanan bayi, ia mungkin disebabkan oleh gangguan semasa waktu makan. Cuba elakkan gangguan seperti televisyen atau permainan semasa memberi Si Manja makan. Kanak-kanak yang tidak memberi tumpuan semasa makan mungkin tidak sedar bahawa mereka telah kenyang, dan menyebabkan mereka terlebih makan. Mereka juga mungkin tidak mahu makan kerana lebih tertarik untuk bermain. Elakkan juga makanan manis atau makanan ringan seperti gula-gula atau kerepek pada peringkat ini kerana makanan tersebut boleh menyebabkan Si Manja memilih makanan tidak sihat berbanding sajian biasanya yang lebih berkhasiat. Secara ringkasnya, elakkan makanan yang tidak berkhasiat untuk membantu Si Manja mengekalkan berat badan yang sihat.
Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, berikan Bijirin Bayi CERELAC untuk Si Manja berumur 12 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolyzed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang berberfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.
CERELAC untuk Si Manja berumur 12 bulan mengandungi multibijirin dengan tekstur dan rasa yang dipertingkatkan untuk menggalakkan citarasa Si Manja agar dapat menerima pelbagai perisa.
Ingatlah, diet yang seimbang boleh membantu Si Manja mendapatkan berat badan yang sihat. Jika Si Manja terlebih atau berkurang berat badannya, elakkan daripada memberi terlalu banyak atau terlalu sedikit makanan kepadanya kerana cara ini boleh menimbulkan tabiat makan yang tidak sihat.
Untuk mencari bijirin bayi yang sesuai untuk usia Si Manja, anda boleh melayari Sudut Produk kami untuk variasi kegemaran Si Manja. Berikan kepelbagaian dalam sajian Si Manja berpandukan Sudut Resipi kami, dan hidangkan sesuatu yang enak untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.
Artikel berkaitan