MyFeed Personalized Content
Dari 12 bulan ke atas
Artikel

PLAYING: Preventing Childhood Allergies: Is it Possible?

Add this post to favorites

Bolehkah Anda Mencegah Alergi Pada Kanak-kanak?

Bersin, semput, mengamuk; ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda yang mungkin telah anda lihat pada orang lain yang mempunyai alergi.

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Bersin, semput, mengamuk; ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda yang mungkin telah anda lihat pada orang lain yang mempunyai alergi. Anda juga mungkin rasa bimbang; bagaimana alergi boleh menjejaskan makanan harian Si Manja. Anda mungkin tertanya, bolehkah ibu bapa mencegah alergi pada anak-anak mereka?

Apa itu alergi?
Alergi ialah reaksi berlebihan oleh tubuh untuk bahan asing yang biasanya tidak berbahaya. Contohnya, susu lembu biasa boleh mencetuskan reaksi alergi pada sesetengah daripada kita. Risiko Si Manja mengalami alergi bermula dengan anda. Jika anda dan pasangan anda mempunyai alergi, Si Manja berkemungkinan besar akan mendapat alergi. Namun begitu, Si Manja tidak semestinya mendapat mewarisi jenis alergi yang sama.

Pendedahan terhadap Alergen
Alergi boleh dicetuskan apabila badan terdedah kepada makanan atau zarah-zarah dalam persekitaran yang alergenik. Namun ia tidak bermakna anda perlu elakkan semua makanan tersebut dan menghalang Si Manja daripada bermain di luar. Si Manja masih memerlukan nutrien daripada diet yang seimbang dan pelbagai.

Penyembuhan untuk Alergi?
Soalan yang tertanya-tanya. Mampukah Si Manja mengelakkan alergi pada zaman kanak-kanak? Pada masa ini, tiada penawar sebenar untuk alergi sebenarnya. Apabila alergi terjadi, ia akan kekal sepanjang hidup. Kebanyakan ibu bapa belajar untuk mengenal pasti pencetus alergi pada anak mereka untuk mengelakkan risiko alergi. Ini boleh turut mengurangkan risiko tercetusnya gejala. Pakar kesihatan mungkin dapat membantu mengenal pasti cetusan alergi Si Manja melalui beberapa jenis ujian alergi.

Terdapat juga cara-cara untuk mengurangkan risiko alergi pada kanak-kanak. Contohnya, protein separuh hidrolisis adalah lebih mudah untuk dihadam berbanding dengan protein susu lembu biasa. Bagi alergen bawaan udara, elakkan kawasan merokok atau pembakaran terbuka.

Jika anda sedang mencari sesuatu yang membantu mengurangkan risiko alergi, anda boleh dapatkan protein yang tepat dalam pemakanan Si Manja. Tidak semua protein adalah sama. Sains telah membuktikan bahawa protein yang dipecahkan menjadi lebih kecil adalah lebih mudah untuk dihadam dan kurang alergi berbanding susu lembu biasa. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Kamajuan Protein Terkini dari Nestlé di mana protein dipecahkan kepada 10x lebih kecil melalui teknologi hidrolisis. NANKID OPTIPRO® HA® 3 juga mengandungi Protein Separuh Hidrolisis, 50mg DHA & ARA** dan 100 juta bakteria berfaedah BIFIDUS BL**.

**Setiap 100g susu tepung

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.