Bagaimana untuk memulakan makanan pelengkap
Pengenalan kepada makanan pelengkap adalah suatu perkembangan yang menarik. Di sini kami senaraikan tip penting tentang bagaimana dan bila untuk memulakan makanan si manja daripada pakar pemakanan kami.
Tip
- Tunggu sehingga enam bulan kerana si manja anda memerlukan koordinasi mata, tangan, dan mulut yang baik. Pastikan si manja anda mampu duduk dan menegakkan kepala mereka dengan stabil.
- Sama ada anda ingin memulakan dengan makanan puri, finger food atau gabungan kedua-duanya - kepelbagaian adalah penting, jadi si manja anda mendapat nutrien yang diperlukannya.
- Berikan si manja anda makanan pejal hanya sekali sehari pada peringkat permulaan, tingkatkan jumlahnya secara beransur-ansur dan pelbagaikan makanan, mengikut perkembangan si manja.
- Garis panduan kasar adalah bermula dengan kira-kira 5-10 sudu teh makanan (kira-kira 30g) untuk satu hidangan. Anda boleh meningkatkannya kepada dua kali hidangan sehari, dan kemudian sehingga tiga kali sehari.
- Pastikan si manja tidak rasa bosan dengan hidangan pertama - ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mereka membiasakan diri dengan makan dari sudu, jadi kesabaran anda amat penting.
- Apabila anak anda lapar, dia akan lebih peka terhadap makanan yang diperkenalkan, jadi inilah masa terbaik untuk mencuba makanan baru.
- Dudukkan si manja di atas kerusi yang tinggi tanpa gangguan, seperti TV, telefon bimbit atau peralatan yang lain.
- Berikan si manja sedikit susu biasa mereka terlebih dahulu untuk menenangkannya dan membangkitkan rasa lapar.
- Untuk makanan pertama, cuba sayur-sayuran puri.
- Cuba perkenalkan sayur-sayuran baru yang sedikit pahit setiap hari selama satu minggu, contohnya brokoli, kubis bunga, bayam atau ubi bit. Pastikan anda bersedia dengan kamera, kerana anda mungkin dapat merakam wajah si manja yang lucu.
- Ulangi proses ini untuk minggu kedua bagi membiasakan si manja dengan sayur-sayuran pahit.
- Ingat, ia mungkin memerlukan sehingga lapan percubaan untuk anak anda menerima rasa baru. Jadi, jangan berputus asa!
- Tampalkan jadual pemakanan pada pintu peti sejuk untuk memantau apa yang anak anda telah cuba, dan kekerapannya.
- Hanya cuba satu makanan baru pada setiap sesi. Anda boleh menggabungkan pilihan makanan selepas beberapa minggu sebaik sahaja anda tahu ia digemari.
- Puji si manja apabila mereka mencuba sesuatu yang baru.
- Diet pemakanan pelengkap anak anda harus termasuk kumpulan makanan penting - buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan berkanji, tenusu, daging, ikan dan protein serta lemak.
- Kepelbagaian adalah penting untuk memastikan si manja mendapat nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan dan perkembangan, seperti zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A, vitamin D dan asid lemak omega 3.
- Vegetarian atau vegan? Pastikan anda masukkan pelbagai makanan seperti telur, kacang tanah atau bijirin, produk soya (tauhu) dan lentil untuk memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.
- Jika anda ingin memberikan si manja diet vegetarian atau vegan mereka mungkin memerlukan suplemen tambahan, jadi anda mesti dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan samada doktor pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan.
- Si manja boleh makan kacang dari usia enam bulan selagi ianya dikisar halus. Jika anak anda mempunyai ekzema atau anda mempunyai sejarah alahan dalam keluarga anda, dapatkan nasihat HCP anda terlebih dahulu.
- Apakah makanan yang perlu dielakkan? Kacang, laici dan anggur boleh menyebabkan si manja tercekik - pastikan ia dicincang. Kerang mentah, buah-buahan yang berasid dan makanan diproses tidak sesuai untuk si manja di bawah usia dua tahun.
- Jadilah contoh yang baik. Bila si manja melihat anda menikmati makanan, mereka mungkin akan lebih berselera untuk makan dengan lebih banyak.
- Pada usia 6-8 bulan, selain makanan pelengkap, susu ibu harus diteruskan selagi mungkin hingga usia 2 tahun atau lebih. Jadi, fikirkan kualiti berbanding kuantiti makanan yang anda berikan pada si manja.
- Adakah anda merancang untuk memberikan si manja anda hidangan bersaiz kecil? Ikuti senarai semak untuk si manja yang telah kami sediakan.
Source
https://www.smababy.co.uk/baby/feeding-guide-for-babies/
https://www.smababy.co.uk/baby/weaning-babies/
https://www.smababy.co.uk/baby/stage-1-weaning/
https://www.nhs.uk/start4life/weaning/getting-ready/
https://www.nhs.uk/start4life/weaning/what-to-feed-your-baby/around-6-months/
https://www.babycentre.co.uk/a546665/preparing-first-foods
https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/foods-to-avoid-giving-babies-and-young-children/
Artikel berkaitan