MyFeed Personalized Content
Dari 6 bulan ke atas
Artikel

PLAYING: Will taking iron-rich food be too much for my child?

Add this post to favorites

Adakah pengambilan makanan kaya dengan zat besi menjadi keterlaluan untuk Si Manja?

Sebagai ibu bapa, anda sentiasa bimbang sama ada Si Manja telah mendapat zat besi yang mencukupi setiap hari. Namun, anda juga harus turut risau jika pengambilan zat besi berlebihan untuk Si Manja. 

4 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Sebagai ibu bapa, anda sentiasa bimbang sama ada Si Manja telah mendapat zat besi yang mencukupi setiap hari. Namun, anda juga harus turut risau jika pengambilan zat besi berlebihan untuk Si Manja. Tidak seperti nutrien lain, terdapat risiko apabila kandungan zat besi terlalu tinggi.

Apakah zat besi?
Zat besi adalah mineral penting untuk badan Si Manja. Ia diperlukan untuk pembentukan haemoglobin di dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan.

Bagaimanakah untuk saya ketahui jika Si Manja telah mengambil terlalu banyak zat besi?
Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) 2005, saranan pengambilan harian zat besi untuk kanak-kanak berumur 6-11 bulan adalah 9 mg/hari7-8. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam mengandungi sehingga 0.04mg bioketersediaan zat besi atau zat besi yang sedia untuk diserap dalam setiap 100g. Brokoli mengandungi sehingga 0.21mg bioketersediaan zat besi9 untuk setiap 100g. Jika anda risau tentang pengambilan zat besi yang terlalu banyak untuk Si Manja, anda boleh merancang pemakanan Si Manja dengan mengira amaun yang diperlukan setiap hari.

*bioketersedian zat besi = zat besi yang sedia untuk diserap.

Adakah saya perlu mengeluarkan semua makanan kaya zat besi daripada pemakanan Si Manja?
Walaupun terdapat risiko pengambilan zat besi berlebihan, kekurangan dalam pengambilan zat besi juga ada risikonya. Kajian menyarankan bahawa kekurangan zat besi semasa tahun-tahun membesar Si Manja boleh menjejaskan perkembangan kognitif1 mereka. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat besi kronik didapati 3 kali lebih berkemungkinan untuk tercicir dalam pelajaran atau tidak dapat melanjutkan pendidikan dan latihan lain2. Anemia kekurangan zat besi pula boleh menjejaskan perkembangan fizikal dan minda Si Manja1,3, dan meningkatkan risiko penyakit berjangkit4-5.

Apakah yang boleh anda lakukan?
Dalam menyediakan makanan kepada Si Manja di rumah, anda boleh menambah pemakanan harian Si Manja dengan makanan pelengkap kaya zat besi. Sebagai contoh, satu hidangan bijirin bayi CERELAC® mengandungi minimum 5mg zat besi; ditambah dengan makanan yang anda sediakan di rumah ia seharusnya dapat memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) zat besi untuk kanak-kanak berumur 6-11 bulan iaitu sebanyak 9mg sehari7.

Ia diperbuat dengan kaedah dipaten Nestlé® untuk memecahkan karbohidrat di dalam bijirin kepada unit-unit lebih kecil, menjadikannya lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi  probiotik BIFIDUS BL untuk membantu meningkatkan jumlah bakteria berfaedah di dalam usus.

Bukan itu sahaja, beras yang digunakan di dalan bijiran bayi CERELAC® diperolehi dari jelapang padi di Alor Setar, diuruskan oleh Nestlé Paddy Club®, satu inisiatif di mana Nestlé® bekerjasama dengan petani tempatan melalui inovasi lestari penanaman padi yang menggunakan pendekatan mesra-alam sekitar untuk menghasilkan bijirin bayi CERELAC®.

Secara keseluruhannya, merancang pemakanan Si Manja dengan pelbagai jenis makanan dalam nilai seimbang dapat membantu membina asas untuk tumbesaran yang sihat. Pastikan tahun-tahun membesar Si Manja adalah perjalanan masa yang dilalui bersama dan saling belajar mengenai satu sama lain.

NOTIS PENTING: Bukan untuk diberikan kepada bayi berumur di bawah 6 bulan melainkan jika dinasihati oleh professional kesihatan. Untuk kesihatan bayi optima, penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga umur 2 tahun di samping memberi makanan pelengkap. Makanan pelengkap berkhasiat seperti nasi, ikan, daging, ayam, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperkenalkan kepada bayi pada usia 6 bulan. Bijirin Nestlé® CERELAC® boleh diberikan kepada bayi sebagai pilihan untuk kepelbagaian.

Rujukan

1. Black, M. M., Quigg, A. M, Hurley, K. M. & Reese Pepper, M., iron-deficiency anemia in the first two years of life: strategies to prevent loss of developmental potential. Nutrition Reviews, 2011, 691Suppl. 1l, pp. S64-S70
2. Lozoff B, Smith JB, Kaciroti N, Clark KM, Guevara S, Jimenez E. Functional significance of early-life iron deficiency: outcomes at 25 years. J Pediatr. 2013 Nov;163(5):1260-6
3. Lozoff, B., iron deficiency and child development. Food and Nutrition Bulletin, 2007, 28(4 (Supplement)), pp. S560-S571.
4. Beard, J. L., Iron biology in immune functions, muscle metabolism and neuronal functioning. Journal of Nutrition, 2001, Volume 131, pp. 568S-580S.
5. Institute of Medicine (IOM) Food and Nutrition board, Dietary reference intakes of vitamin A, vitamin K, arsenic, boron, chromium, copper, iodine, iron, manganese, molybdenum, nickel, silicon, vanadium and zinc, Washington DC, 2002.
6. Gillooly, M., Bothwell, T. H., Torrance, J. D., et al., (1983). The effects of organic acids, phytates and polyphenols on the absorption of iron from vegetables. Br. J. Nutr., 49(1), 331-342.
7. NCCFN (2005). Recommended Nutrient Intakes from Malaysia. A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.