Beralih kepada makanan jejari? Ikuti senarai untuk anak makan dengan sendiri
Adakah anda berkira-kira bila hendak memulakan pemberian makanan pejal kepada Si Manja? Selalunya, kanak-kanak telah bersedia untuk mencubanya di usia lebih kurang enam bulan. Child-led weaning atau kaedah anak makan sendiri adalah apabila Si Manja makan makanan jejari dengan sendiri. Ianya merupakan satu cara yang baik untuk Si Manja menerokai rasa dan tekstur yang baru secara sendiri. Berikut merupakan tips untuk memulakan perjalanan Si Manja dalam memakan makanan pejal.
Senarai semak
- Berikan “makanan jejari” yang sedikit tinggi, melebihi daripada genggaman mereka.
- Berikan makanan yang tidak mudah rapuh di dalam mulut untuk mengurangkan risiko tercekik.
- Sebagai permulaan, elakkan makanan yang keras seperti lobak merah mentah.
- Cuba untuk berikan Si Manja pelbagai makanan pejal yang bersesuaian dengan usia mereka. Ini termasuklah buah-buahan (yang lembut atau dimasak tanpa menggunakan gula), sayuran (dimasak sehingga lembut), telur rebus, makanan berkanji yang dimasak seperti kentang, pasta, nasi, mi, kekacang seperti kacang dan kacang dal, daging, ikan tanpa tulang dan jejari keju lemak penuh yang dipastur.
- Secara kebiasaanya, Si Manja akan terjeluak (gagging) apabila beralih kepada makanan pejal. Ianya berbeza dengan tercekik, jadi penting untuk anda memberikan perhatian terhadap perbezaannya dan perkara yang perlu dilakukan. Risiko kanak-kanak tercekik apabila makan pejal adalah sama seperti anda menyuapnya menggunakan sudu. Jadi, anda perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan situasi ini.
- Jangan tinggalkan Si Manja makan dengan sendiri.
- Cuba untuk mengembangkan pengembaraan makanan pejal Si Manja dengan makan bersama-sama supaya mereka dapat merasai kebersamaan bersama keluarga. Mereka juga dapat meniru apa yang dilakukan oleh ahli keluarga.
- Siap sedia untuk bersepah. Sesetengah ibu bapa menggunakan alas meja yang senang bilas atau tikar lantai di bawah kerusi makan Si Manja supaya mudah untuk membersihkannya. Anda boleh lihat barangan yang mungkin berguna untuk Si Manja di sini.
- Ingatlah, ia segalanya tentang penerokaan dan penemuan. Biarkan Si Manja jalan dahulu!
Artikel berkaitan