Bagaimana untuk menyediakan diet kanak-kanak yang sihat
Diet kanak-kanak yang sihat hari ini boleh menjadi asas Si Manja anda untuk pemakanan yang sihat sepanjang hayat. Berikut adalah beberapa blok pembinaan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak.
Tips
- Elakkan terlalu banyak gula, garam atau lemak tepu.
- Berikan pelbagai makanan, untuk melatih deria rasa Si Manja anda.
- Sasarkan untuk 2-3 bahagian susu dan tenusu (atau pengganti berasaskan tumbuhan yang sesuai) sehari.
- Sasarkan untuk 5-7 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Ia boleh diambil dalam bentuk segar, beku, mentah, dimasak, dalam tin, berjus atau kering.
- Sasarkan untuk 2-3 bahagian daging tanpa lemak , atau ikan atau alternatif protein vegetarian, untuk kanak-kanak sehari
- Sasarkan untuk 3-4 bahagian karbohidrat berkanji sehari. Pastikan ia dalam bahagian yang kecil kerana karbohidrat sangat mengenyangkan.
- Ingat bahawa saiz hidangan kanak-kanak jauh lebih kecil berbanding orang dewasa. Hidangan roti untuk usia satu hingga dua tahun adalah sekitar setengah keping, dan hidangan daging adalah sekitar 30g (1oz) - iaitu kira-kira satu pertiga daripada tapak tangan anda.
- Berikan Si Manja anda lebih banyak makanan jika dia memberi isyarat kepada anda bahawa dia lapar. Elak memberi terlalu banyak makan pada peringkat permulaan.
- Pilih lemak tidak tepu daripada sumber sayur-sayuran (contohnya minyak biji sesawi atau zaitun). Kurangkan makanan yang digoreng dalam lemak trans atau tepu, seperti nuget ayam atau kentang goreng.
- Hidangkan dalam saiz dan tekstur yang sesuai - lobak merah dan anggur yang tidak dipotong boleh mendatangkan bahaya tercekik. Anggur perlu dipotong separuh panjang, dan lobak perlu dimasak sehingga lembut dan dipotong menjadi kepingan bersaiz kecil.
- Minda dan tubuh yang semakin membesar menggunakan simpanan mereka dengan cepat. Pastikan Si Manja anda diberikan tambahan snek yang sihat 1-2 sehari.
- Sasarkan minum 6-8 kali sehari. Air dan susu yang tanpa perisa (atau alternatif berasaskan tumbuhan seperti soya atau susu beras) adalah yang terbaik. Elakkan minuman bergas dan minuman yang manis.
- Sesetengah pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian vitamin D tambahan kepada kanak-kanak, kerana ia mungkin tidak mencukupi dari cahaya matahari dan diet sahaja. Temui penyedia penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat.
- Jika anda rasa si manja anda memilih makan, baca senarai semak kami tentang cara untuk membantunya.
Artikel berkaitan