Intolerans Makanan vs Alahan Makanan!
Apabila Si Manja mempunyai tindak balas fizikal terhadap makanan tertentu, anda biasanya akan fikir Si Manja sedang mengalami alergi makanan.
Apabila Si Manja mempunyai tindak balas fizikal terhadap makanan tertentu, anda biasanya akan fikir Si Manja sedang mengalami alergi makanan. Namun begitu, Si Manja mungkin sebenarnya mengalami intolerans makanan. Alergi makanan dan intolerans makanan adalah sukar untuk dibezakan. Kedua-duanya adalah reaksi kepada makanan dan berkongsi beberapa tanda dan gejala yang sama. Itulah sebabnya anda mungkin keliru dengan kedua-duanya ketika mengenal pasti tanda-tanda dan gejala-gejala tersebut. Contohnya, beberapa gejala yang dikongsi antara alergi makanan dan intolerans makanan termasuk rasa loya, sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah. Berikut ialah penjelasan mengenai perbezaannya dan apa yang perlu dilakukan apabila Si Manja mengalami intolerans makanan dan alergi makanan.
Intolerans makanan
Intolerans makanan biasanya kurang serius berbandign dengan alergi makanan dan sering dikaitkan dengan masalah penghadaman. Jika Si Manja mempunyai intolerans makanan, dia mungkin boleh mengambil makanan tersebut dalam jumlah yang kecil tanpa banyak masalah. Masalah pencernaan hanya berlaku apabila Si Manja makan makanan tersebut secara berlebihan. Intolerans makanan tidak memberi kesan kepada badan serta-merta, tetapi secara beransur-ansur. Secara umum, ia tidak mengancam nyawa tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam badan terutamanya dalam sistem penghadaman. Tanda-tanda intolerans makanan termasuk gas, kembung, cepat marah dan cemas.
Alergi makanan
Alergi makanan melibatkan sistem imun. Apabila sistem imun Si Manja tersilap mengenal pasti makanan tertentu sebagai penceroboh, ia akan mempercepatkan badan bertindak balas secara keterlaluan dan melepaskan bahan kimia, lalu menyebabkan reaksi alergi. Ia boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya sistem penghadaman. Alergi makanan boleh menyebabkan reaksi yang lebih serius dan teruk dalam badan. Beberapa gejala alergi makanan termasuk ruam, gatal-gatal atau kulit gatal, sesak nafas dan kesukaran menelan atau bernafas. Jika Si Manja mempunyai masalah menelan atau bernafas, anda perlu dapatkan perkhidmatan kecemasan dengan segera. Alergi makanan biasanya dicetuskan oleh makanan seperti kacang tanah, ikan, susu, dan telur.
Rawatan untuk Si Manja
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila mengetahui apa makanan yang menyebabkan reaksi fizikal pada Si Manja. Pertama, anda boleh mencatatkan pemakanan dan gejala-gejala yang dihadapi Si Manja di diari. Dengan itu, anda boleh merancang pemakanan Si Manja tanpa makanan yang mengakibatkan risiko alergi. Jika anda mengesyaki Si Manja mempunyai alergi, dapatkan pakar kesihatan anda untuk melakukan ujian alergi.
Tidak semua protein adalah sama. Sains telah membuktikan bahawa protein yang dipecahkan menjadi lebih kecil adalah lebih mudah untuk dihadam berbanding susu lembu biasa. NANKID OPTIPRO HA 3 menggunakan Kamajuan Protein Terkini dari Nestlé di mana protein dipecahkan kepada 10x lebih kecil melalui teknologi hidrolisis. NANKID OPTIPRO HA 3 juga mengandungi Protein Separuh Hidrolisis, 50mg DHA & ARA** dan 100 juta bakteria berfaedah BIFIDUS BL**.
**Setiap 100g susu tepung
Artikel berkaitan