Bubur Lobak & Bayam
Sediakan hidangan ini untuk Si Manja anda bagi mendedahkan mereka kepada rasa yang berbeza dan penerimaan yang lebih baik terhadap sayur-sayuran hijau. Lobak merah penting untuk mengekalkan fungsi mata manakala bayam kaya dengan zat besi adalah komponen dalam pembentukkan sel darah merah.
Ramuan
50g lobak merah
50g bayam
150ml air suam
5 sudu besar CERELAC Beras & Susu
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Dalam periuk, rebus lobak merah dan bayam sehingga lembut, kemudian jadikan puri menggunakan pengisar.
2. Kemudian kacau puri sayur-sayuran dalam air suam dan campurkan CERELAC Beras & Susu.
3. Hidangkan dengan segera. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 119 kcal
Protein: 3.8g
Lemak: 2.5g
Karbohidrat: 27.3g
Produk yang digunakan
BIJIRIN BAYI CERELAC BERAS DAN SUSU
Membantu anak anda menukar selera dengan mudah dari susu ke makanan pepejal. Masanya sudah tiba bagi anak anda mencuba makanan pepejal!
Helpful tools