
Jejari Ikan Brokoli & Lobak Merah
Mencipta bentuk dan tekstur yang menyeronokkan akan membantu meningkatkan selera makan anak anda dan penerimaan makanan baru terutamanya jika ia juga berwarna-warni! Cuba resipi ini untuk memperkenalkan ikan ke dalam diet anak anda, yang merupakan sumber protein untuk membantu pertumbuhan.
Ramuan
2 sudu besar CERELAC Beras Merah & Susu
125g fillet ikan, tanpa tulang & dicincang
25g brokoli, dikukus dan dicincang halus
25g lobak merah, dikukus dan dicincang halus
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Satukan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Bahagikan campuran kepada bebola kecil dan membentuk kepada jejari ikan dengan saiz lebih kurang 2 inci panjang dan 1 inci lebar.
3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180˚C selama 20 minit atau goreng selama 4-5 minit pada kedua-dua belah permukaan. Hidangkan bersama sos tomato asli buatan sendiri. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 108 kcal
Karbohidrat: 8.4g
Protein: 12.3g
Lemak: 2.7g
Produk yang digunakan

BIJIRIN BAYI CERELAC BERAS MERAH DAN SUSU
Dipenuhi nutrisi dan kebaikan beras perang yang menjadikan ia makanan pepejal pertama yang sempurna untuk si kecil anda.