MyFeed Personalized Content
Dari 12 bulan ke atas
Artikel

PLAYING: Tips for Keeping Your Child Healthy

Add this post to favorites

Tip-tip untuk Mengekalkan Kesihatan Si Manja

Tip-tip untuk Mengekalkan Kesihatan Si Manja. Membesarkan Si Manja yang sihat memerlukan masa, dedikasi dan kasih sayang dari anda dan pasangan anda.

3 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Tip-tip untuk Mengekalkan Kesihatan Si Manja
Membesarkan Si Manja yang sihat memerlukan masa, dedikasi dan kasih sayang dari anda dan pasangan anda. Walaupun ramai ibu bapa selalunya sibuk mencari nafkah untuk keluarga, pastikan anda meluangkan masa yang secukupnya untuk menjaga Si Manja agar dia membesar dengan sihat dan ceria.

Usus yang Sihat
Asas untuk mendapat kesihatan yang baik bergantung kepada sistem imun yang sihat. Pemakanan yang betul dan tabiat yang baik boleh membantu membina sistem imun yang sihat dan kuat.

  • Usus merupakan organ imun terbesar dalam badan, dan 80% daripada sel-sel yang menghasilkan antibodi terdapat di dalam usus. Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
  • Salah satu cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan usus dan imuniti Si Manja adalah dengan pengambilan probiotik dalam pemakanan hariannya.
  • Probiotik ditakrifkan sebagai ‘mikroorganisma hidup yang boleh memanfaatkan kesihatan badan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi’.
  • Dapatkan susu yang mengandungi bakteria berfaedah seperti probiotik L. reuteri yang membantu menyokong sistem penghadaman dan imun Si Manja.


Memasak Makanan Yang Sihat
Pengambilan nutrisi yang baik tidak bermakna anda perlu membayar harga yang tinggi. Anda cuma perlu menambah pilihan makanan yang lebih sihat berbanding dengan makanan yang kurang nutrisi.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi fiber, yang membantu pergerakan makanan dalam sistem penghadaman.
  • Pastikan Si Manja juga minum air yang banyak.


Amalan Gaya Hidup Aktif

  • Bersenam boleh membantu membina badan yang kuat.
  • Senaman boleh membantu mengawal berat badan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
  • Bersenam juga dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit tertentu.

Anda boleh bermain permainan seperti permainan ketingting, bermain di taman permainan atau sesuatu yang mudah seperti melantun belon, bersama Si Manja.

Tabiat yang Baik Semasa di Rumah

  • Perhatikan Si Manja dan prihatin tentang masa yang diluangkan bermain dengan peranti pintar.
  • Peranti pintar boleh menjadi ketagihan kepada Si Manja. Masa yang dihabiskan bermain dengan peranti ini lebih baik digunakan untuk beriadah di luar rumah.
  • Semasa makan malam, gunakan masa ini untuk berbual dengan Si Manja.  Jangan gunakan tablet dan telefon pintar sebagai hiburan.


Sebagai ibu bapa, elakkan daripada menyalahkan diri anda atas sebarang kesilapan yang dilakukan semasa membesarkan Si Manja dan memastikan dia sentiasa sihat. Perjalanan hidup sebagai ibu bapa adalah penuh dengan pengajaran. Jika anda rasa tertekan, berbicaralah dengan pasangan anda, atau ahli keluarga anda. Ibu bapa anda mungkin mempunyai pengalaman dan pengajaran yang boleh membantu anda.

Jika anda ingin melengkapi pemakanan Si Manja dengan susu yang diperkaya, cubalah LACTOGROW® Aktif. Ia adalah susu tepung formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, dengan kebaikan probiotik L. reuteri yang dapat mengurangkan risiko sembelit. Dengan perut yang selesa, Si Manja ceria!

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.