Nutrisi untuk Usus yang Sihat
Berikan makanan dan cecair yang betul untuk menyokong usus Si Manja adalah cara terbaik untuk membantu Si Manja membina sistem penghadaman yang sihat.
Berikan makanan dan cecair yang betul untuk menyokong usus Si Manja adalah cara terbaik untuk membantu Si Manja membina sistem penghadaman yang sihat. Sebagai pusat memproses makanan serta organ imun terbesar dalam badan, anda perlu memastikan usus Si Manja sentiasa sihat dan berfungsi dengan sebaiknya.
Dapatkan Serat yang Mencukupi
Serat adalah penting dalam pemakanan Si Manja untuk memastikan kesihatan ususnya. Satu fungsi utama serat adalah memperbaiki kesihatan penghadaman. Oleh sebab pemakanan Si Manja berbeza dengan orang dewasa yang boleh mendapatkan keperluan harian serat mereka melalui pengambilan sayur-sayuran, Si Manja mungkin tidak gemar makan sayur-sayuran dalam jumlah yang besar. Antara makanan yang mengandungi kuantiti serat yang banyak yang boleh diberikan kepada Si Manja adalah epal dan pir, kekacang serta bijirin.
Dapatkan Cecair Yang Mencukupi
Si Manja bukan sahaja memerlukan serat yang mencukupi, malah dia juga turut memerlukan cecair dalam jumlah yang banyak untuk membantu mencegah gangguan penghadaman seperti sembelit. Pengambilan serat dalam kuantiti yang banyak tetapi cecair yang tidak mencukupi tidak dapat membantu penghadaman Si Manja. Di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia, pengambilan cecair yang banyak adalah sangat penting.
Dapatkan Kebaikan Probiotik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan probiotik sebagai mikroorganisma hidup. Probiotik jika diambil dalam jumlah yang mencukupi boleh memberi manfaat kepada badan. Ia biasanya ditemui dalam yogurt dan produk tenusu yang telah diperkaya dengan probiotik. Jenis probiotik yang biasa ditemui adalah probiotik L. reuteri. Sebenarnya, terdapat ribuan jenis probotik yang mendiami bahagian yang berlainan di dalam sistem gastrousus, dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. Menambah probiotik ke dalam diet Si Manja boleh membantu meningkatkan jumlah bakteria berfaedah dan menyokong kesihatan usus yang baik.
Perhatikan juga tingkah laku Si Manja. Jika Si Manja menunjukkan tanda-tanda seperti tidak selesa atau meragam, cuba cari punca yang menyebabkannya rasa tidak selesa; sama ada ia akibat daripada tekanan atau ketidakselesaan lain. Jika anda ragu-ragu, berbincanglah dengan pakar kesihatan anda.
Jika anda ingin melengkapi pemakanan Si Manja dengan susu formula yang diperkaya, cubalah LACTOGROW PROBIO 3. Ia dirumus secara saintifik dengan kebaikan kultur probiotik L. reuteri untuk membantu meningkatkan fungsi dan keselesaan sistem penghadaman kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun. Ia turut mengandungi DHA, kalsium tinggi, serta Happy Nutri™ - gabungan 15 vitamin & mineral penting agar perut Si Manja selesa dan tidak meragam untuk Grow Happy™ sepanjang masa!
Artikel berkaitan