Bolehkah keobesan dicegah dengan pengambilan kuantiti protein yang betul?
Impian semua ibu bapa adalah untuk Si Manja mereka membesar dengan kuat dan sihat. Pakar pediatrik sering menekankan kepentingan menghindari risiko keobesan dalam kalangan kanak-kanak.
Impian semua ibu bapa adalah untuk Si Manja mereka membesar dengan kuat dan sihat. Pakar pediatrik sering menekankan kepentingan menghindari risiko keobesan dalam kalangan kanak-kanak. Untuk mencegah keobesan kanak-kanak, mereka menasihati ibu-bapa untuk memberi Si Manha makanan yang seimbang dan elakkan minuman penuh gula, serta mengalakkan Si Manja untuk bersenam. Namun, adakah anda tahu bahawa keobesan bukan sahaja tertakluk kepada memakan secara berlebihan dan kurang bersenam?
Kajian menunjukkan bahawa risiko keobesan boleh bermula dari awal zaman kanak-kanak. Ibu bapa yang memberi Si Manja protein berlebihan boleh meningkatkan risiko obesnya apabila dia dewasa.
Bukankah protein satu nutrien yang penting? Ya, protein memang penting, tetapi seperti segala-galanya dalam kehidupan, pengambilan sesuatu dengan berlebihan sememangnya tidak baik. Malah, merendahkan pengambilan protein dalam pemakanan kanak-kanak boleh mencegah keobesan kanak-kanak dengan mengurangkan kesan pernambahan berat badan secara mendadak.
Merendahkan pengambilan protein berkait dengan pembesaran secara sihat dan pencegahan keobesan kanak-kanak. Anda boleh memastikan pemakanan Si Manja sihat dengan memberikannya protein yang berkualiti tinggi yang mengandungi asid amino secara cukupnya.
Galakkan Si Manja untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang, elakkan dari meminum minuman yang sangat manis dan amalkan hidup yang aktif. Juga yang terpenting, pastikanlah anda memberi mereka protein yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang betul. Biarlah Si Manja mengembangkan potensinya tanpa merisaukan keobesan.
NANKID OPTIPRO HA 3 mengandungi OPTIPRO, Kemajuan Protein Terkini dari Nestlé. Ia adalah protein susu lembu biasa yang dipecahkan menjadi komponen kecil, supaya ia senang dihadam. Ia juga mengandungi DHA & ARA, yang didapati dengan banyak dalam otak kita, serta 100 juta probiotik BIFIDUS BL dengan 3 gelas NANKID OPTIPRO HA 3 setiap hari. Probiotik merupakan bakteria berfaedah yang penting untuk keimunan Si Manja.
Rujukan:
1. Koletzko, B. et al. Lower protein in infant formula is associated with lower weight up to 2y: a randomized clinical trial. American Journal of Clinical Nutrition. 2009; 89: 1863-45
2. European Food Safety Authority Scientific Opinion on the essential composition of infant and follow on formula July 2014
Artikel berkaitan