Membesarkan Si Manja yang Sihat dan Aktif
Seseorang boleh berkata bahawa membesarkan kanak-kanak yang aktif dan sihat adalah mudah terutamanya di Malaysia.
Seseorang boleh berkata bahawa membesarkan kanak-kanak yang aktif dan sihat adalah mudah terutamanya di Malaysia, dengan cuaca yang baik sepanjang tahun dan mempunyai pelbagai pilihan taman dan tempat rekreasi untuk Si Manja bermain di luar rumah.
Namun, dengan zaman yang sudah serba maju dan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan, gajet dan teknologi menjadi teman Si Manja ketika membesar. Hujung minggu bersama keluarga diluangkan di kompleks beli-belah. Dengan pelbagai pilihan yang dijual di pasaraya, pastinya susah untuk anda membuat pilihan yang betul untuk Si Manja anda. Berikut adalah beberapa tip untuk membesarkan Si Manja yang aktif.
Buat senaman di luar rumah
Membesarkan Si Manja yang aktif dan sihat memerlukan usaha ringkas dan terancang. Tetapkan 30 minit setiap hari untuk berjalan-jalan di taman bersama Si Manja. Galakkan Si Manja untuk melakukan senaman ringkas seperti melompat tali, bermain bola ataupun berjalan-jalan. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan di luar rumah dan ia boleh dipelbagaikan mengikut imaginasi anda. Jika tiada taman berdekatan dengan rumah anda, aktiviti melompat tali atau berlari setempat boleh dilakukan di kawasan sekitar rumah anda. Ia masih seronok untuk dilakukan oleh anda dan juga Si Manja. Aktiviti-aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk anda meluangkan masa bersama Si Manja.
Membuat Si Manja bergerak ke sana dan sini bukan hanya baik untuk Si Manja sahaja, malah ia juga baik untuk anda. Pakar mengesyorkan 30 minit untuk melakukan senaman mudah dan bagus untuk kesihatan anda. Anda boleh gunakan masa ini sebaiknya dengan Si Manja.
Pilih aktiviti yang mudah dilakukan oleh anda dan Si Manja. Berjalan-jalan adalah salah satu cara. Berlumba dengan Si Manja adalah aktiviti yang menyeronokkan. Senaman mudah seperti lompat bintang, high knees, berkawad kaki dan regangan mudah juga boleh dilakukan bersama Si Manja. Namun jika anda atau Si Manja mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Menjadi seorang yang aktif bukan hanya menguatkan jantung dan paru-paru, namun ia juga dapat menguatkan otot dan tulang anda dan Si Manja.
Dengan teknologi terkini, ia membuatkan Si Manja malas untuk melakukan aktiviti di luar rumah, Ia amat penting untuk anda menggalakkan Si Manja keluar untuk keseronokan di luar rumah.
Pemakanan yang betul
Pemakanan yang betul dan seimbang adalah asas untuk membesarkan Si Manja yang sihat dan aktif. Pemakanan yang sihat membekalkan nutrisi-nutrisi penting untuk membina badan yang sihat. Dengan kepelbagaian makanan yang siap diproses di pasaraya hari ini, ia membuatkan pemilihan makanan yang betul dan seimbang untuk Si Manja lagi penting untuk anda.
Anda juga boleh membina satu keluarga yang positif apabila anda mengajak Si Manja untuk turut serta dalam merancang jenis makanan yang mereka suka dan membawa ke sekolah. Contohnya, jika Si manja suka makan ketulan isi ayam, anda boleh menyediakan makanan tersebut di rumah dan bukannya membeli yang siap dibuat di pasaraya. Dengan mengajak Si Manja untuk menyediakan ketulan isi ayam ini bersama anda, ia akan membantu Si Manja untuk mengenal pasti makanan yang bagus dan sihat untuk mereka. Apabila Si Manja sedar tentang kepentingan pemakanan yang sihat, mereka akan mula makan secara sihat.
Penyediaan makanan di rumah boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia tidak mengambil masa yang lama, cuma perlu perancangan dari awal.
Mendapatkan nutrisi yang baik tidak semestinya bermaksud anda perlu berbelanja lebih. Ia bermaksud anda perlu memberikan sumber makanan yang lebih berkhasiat untuk Si Manja.
Antara salah satu cara yang bijak untuk mendapatkan makanan yang penuh dengan nutrisi adalah melalui susu yang diperkaya dengan nutrisi-nutrisi penting seperti kalsium dan protein. Si Manja boleh cuba susu tepung LACTOGROW PROBIO 3 yang dirumus khas untuk Si Manja berumur 1-3 tahun. Ia mengandungi lebih kalsium, 13 vitamin & mineral, serta DHA untuk membantu menyokong pertumbuhan optimum Si Manja anda!
Untuk kebanyakan keluarga, masa, kos dan komitmen adalah satu alasan. Alasan-alasan ini boleh menyebabkan Si Manja anda menjadi kurang sihat dan kurang aktif. Walaupun apa jua isu yang anda hadapi, anda perlu sedar bahawa usaha dan komitmen adalah penting untuk anda membesarkan Si Manja untuk menjadi lebih aktif, sihat dan ceria.
Artikel berkaitan