Memberi Makanan kepada Si Manja yang Sedang Membesar
Selepas tahun pertama, tumbesaran Si Manja kelihatan lebih perlahan dan dia juga kurang makan. Walaupun pengurangan selera adalah perkara biasa, pemakanan dengan nutrisi yang baik tetap diperlukan kerana tubuh Si Manja sedang membina tisu, tulang, gigi dan darah. Tenaga yang banyak juga diperlukan kerana dia semakin aktif secara fizikal dan mental. Kerana itulah, memberi makanan kepada Si Manja yang sedang membesar dengan kandungan nutrien yang betul adalah penting.
Pada peringkat ini, tumpukan perhatian anda untuk memenuhi keperluan Si Manja untuk membesar. Anda juga perlu memastikan Si Manja mendapat keperluan nutrisi hariannya di dalam makanan bayi. Berikut adalah sedikit panduan untuk sajian yang disarankan:
• Sediakan hidangan makanan yang kecil pada masa yang tetap. Perut kanak-kanak sangat kecil. Cuba 3 hidangan utama dan 2-3 snek sihat di antaranya.
• Elakkan kuantiti makanan yang berlebihan, pilih makanan bayi berkualiti tinggi Si Manja.
• Sediakan pelbagai jenis makanan serta air dan fiber yang mencukupi.
• Perhatikan apa yang digemari dan apa yang tidak disukai untuk mengurangkan penolakan makanan
• Sediakan vitamin dan mineral yang mencukupi.
• Galakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C (oren, kiwi, jambu batu dan tembikai susu) dan vitamin A (keledek, labu dan betik).
Piramid Makanan Untuk Kanak-kanak
Berikut adalah panduan keperluan makanan harian untuk Si Manja:
• Susu atau produk tenusu: 2-3 hidangan (500ml)
Makanan yang anda perkenalkan kepada Si Manja akan menjadi asas pemilihan makanannya pada masa hadapan.
• Karbohidrat yang membekalkan tenaga: 2-5 hidangan bijirin penuh atau bijirin
1 hidangan = bijirin sarapan atau mee, 2 keping roti, 6 keping biskut
• Makanan yang kaya dengan protein: 2-3 hidangan
1 hidangan = 1 peha ayam saiz sederhana, 2 biji telur, 1 ekor ikan saiz sederhana, 1 cawan kekacang atau 1 keping tauhu. Cuba pilih kedua-dua protein, iaitu protein berasaskan haiwan dan protein berasaskan tumbuhan.
• Sayur-sayuran dan buah-buahan: 4-5 hidangan
1 hidangan = setengah cawan sayur yang dimasak atau 1 hidangan buah (epal, oren)
Cuba memilih sayur berdaun hijau gelap dan buah oren/kuning.
• Lemak dan minyak: Gunakan sejumlah kecil sahaja dalam masakan, atau gunakan mentega/marjerin untuk disapu pada roti.
• Pengambilan Susu
Kanak-kanak yang sedang membesar biasanya memerlukan 2-3 hidangan susu setiap hari. Jika Si Manja tidak menghadapi sebarang masalah semasa minum susu, teruskan pengambilannya sehingga dewasa. Susu adalah makanan yang bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia adalah sumber protein yang digunakan untuk membina tisu, serta kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.
Jika Si Manja semakin kurang minum susu, pilihlah susu yang diperkaya. Kebanyakan susu untuk kanak-kanak membesar ini diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan. Makanan yang diberikan kepada Si Manja yang sedang membesar seharusnya merangkumi probiotik atau bakteria berfaedah seperti probiotik Bifidobacteria dan Lactobacilli yang meningkatkan jumlah bakteria berfaedah di dalam usus.
Galakkan Si Manja minum susu selagi dia mahu, walaupun ia hanya satu hidangan sehari.
Alternatifnya, untuk menggantikan semula “susu yang tidak diambil”, anda juga boleh memberikan produk tenusu seperti keju, yogurt atau minuman yogurt.
Memupuk tabiat makan Si Manja
Setiap kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda berbeza apabila mereka kenyang atau lapar. Cara anda memberi respon kepada tanda-tanda ini akan membantu Si Manja memahami reaksi anda dan jangkaan daripadanya.
Paling penting, cubalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada Si Manja sehingga dia berumur sekurang-kurang 2 tahun seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Di samping itu, semasa mereka mula berumur 6 bulan, anda boleh mula memupuk corak pemakanan yang teratur untuk makanan lembut hinggalah makanan pejal. Jika anda bekerja, susu ibu boleh dibekukan untuk disimpan.
Pemberian makanan lembut dan pejal
• Beri manakan kepada Si Manja yang sedang membesar pada waktu yang tetap dan teratur
• Jika anda membeli makanan tersedia, pastikan kandungan gula dan garam adalah rendah.
• Jika anda memasak, kurangkan penggunaan gula dan garam.
• Perkenalkan sayur atau buah yang dikisar atau dilenyek ke dalam makanan Si Manja pada usia 7-8 bulan.
• Ciptakan suasana ceria semasa makan.
Sebagai pengetahuan
• Walaupun anda berniat baik, cuba elakkan daripada memaksa atau menyekat Si Manja daripada makan kerana Si Manja mampu menyesuaikan pemakanannya mengikut tenaga yang diperlukan.
• Ingatlah bahawa makanan yang anda perkenalkan kepada Si Manja hari ini akan menentukan pemilihan makanannya pada masa hadapan.
• Jangan sesekali memberi gula-gula sebagai ganjaran. Berikan ganjaran dengan galakan dan kasih sayang, contohnya pelukan atau ciuman.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.