picky-eater

How to help a picky eater

Bagaimana membantu Si Manja yang suka memilih makan

Perkembangan Si Manja
Artikel
Nov 26, 2021
2 minit

Adakah anda sudah kehabisan idea untuk membantu Si Manja yang suka memilih makan? Membangkitkan selera makan mereka memang mengambil masa, jadi kami sediakan ‘menu’ yang berupa tip berguna untuk membantu mengubah si manja yang suka memilih makan untuk menjadi penggemar kesemua jenis makanan.

Tips

  • Ikuti waktu makan yang ditetapkan. Rutin pemakanan boleh memberikan keyakinan kepada si manja anda.
  • Pastikan hidangan adalan dalam saiz yang kecil dan tambah lagi kemudian – penampilan bahagian makanan yang banyak boleh menjemukan Si Manja anda.
  • Gunakan warna dan bentuk untuk menjadikan makanan kelihatan lebih menarik.
  • Cuba jadikan waktu makan lebih ceria dengan melibatkan Si Manja anda semasa menyediakan makanan atau berbual dengan mereka tentang warna dan tekstur makanan.
  • Bersikap positif. Puji Si Manja anda apabila mereka makan dengan baik, jangan mengkritik atau menghukum apabila mereka enggan makan.
  • Berikan rasa baru secara beransur-ansur. Satu demi satu dan dalam jumlah yang kecil.
  • Jangan tergesa-gesa sewaktu makan kerana sesetengah kanak-kanak makan dengan perlahan..
  • Makan bersama sebagai sebuah keluarga sekerap yang mungkin. Kanak-kanak belajar dengan melihat apa yang anda lakukan, dari adab di meja makan sehinggalah menikmati makanan dan mencuba perkara yang berbeza.
  • Galakkan mereka untuk makan dengan sendiri, ia mungkin membantu dengan finger food lebih mudah diterima. Keadaan huru-hara boleh diuruskan kemudian.
  • Untuk maklumat lanjut bagi mengelakkan Si Manja memilih makanan, baca 14 cara kami untuk membesarkan mereka dengan amalan makanan yang sihat.

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.