htplap-52-toddler_tantrums

Terrible twos coming up? How to deal with toddler tantrums

Si manja mula memberontak? Cara menangani tantrum anak kecil

Zaman Kanak-Kanak
Artikel
Nov 26, 2021
2 minit

Sekarang mereka mula berjalan dan bercakap, anak anda inginkan banyak kebebasan setiap hari, serta menunjukkan sikap memberontak yang ketara! Berikut adalah beberapa tip tentang cara menangani tantrum kanak-kanak.

  • Tetapkan peraturan yang jelas dan patuhinya. 
  • Puji apabila mereka melakukan perkara yang betul, abaikan apabila mereka membuat salah. 
  • Beri mereka tugas mudah yang boleh mereka lakukan sendiri (memakai kasut, mengemas mainan). 
  • Berikan mereka pilihan ringkas (baju merah atau biru, teddy atau kereta api, pisang atau epal). 
  • Elakkan mengatakan "jangan" terlalu kerap. Cuba ubah ayat larangan. Sebagai contoh, "Mengapa tidak cuba ini?" "Mari kita lihat boleh kamu habiskan kacang pea masa ibu kira hingga 10, kalau boleh kamu akan dapat yogurt." 
  • Seboleh-bolehnya kekalkan rutin harian biasa untuk masa makan, tidur, bermain dan berehat. 
  • Pastikan rutin waktu tidur mereka menenangkan dan konsisten. 
  • Pastikan perjalanan membeli-belah singkat untuk mengelakkan kebosanan.
  • Cuba alihkan perhatian apabila anda melihat si manja mula meragam. Pada masa yang sesuai buat bunyi kelakar, wajah lucu, atau tukar mainan boleh menghentikan tantrumnya.
  • Sekiranya sudah terlambat dan si manja mula menjerit, cuba bertenang.
  • Elakkan menggunakan makanan untuk menenangkan tantrum.
  • Dakapan mampu memberi ketenangan. Kadang-kadang si manja perlukan situasi yang selamat.
  • Jangan mengalah - anak anda cukup pintar dan jika mereka fikir ia berjaya, mereka akan mencubanya semula.
  • Peluk si manja apabila sudah reda. Tantrum adalah tanda perkembangan yang sihat dan ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.