How to cope with pregnancy pains and discomfort

How to cope with pregnancy pains and discomfort

Bagaimana untuk menghadapi kesakitan dan ketidakselesaan semasa hamil

Kehamilan
Artikel
Nov 26, 2021
2 minit

Apabila badan anda berubah, kesakitan dan ketidakselesaan semasa hamil boleh berlaku,terutamanya di bahagian belakang dan kaki anda. Berita baiknya ialah, terdapat cara untuk meringankan rasa sakit semasa hamil. Kami telah menyenaraikan strategi yang berguna untuk mengatasinya.

Checklist

  1. Elakkan mengangkat objek yang berat - minta bantuan orang lain untuk melakukannya.
     
  2. Jika anda perlu mengambil sesuatu di atas lantai, bengkokkan lutut anda dan pastikan belakang anda lurus.
     
  3. Cuba bantal sokongan hamil untuk kerusi meja atau sofa anda.
     
  4. Pakai kasut yang rata dan boleh menyokong untuk mengimbangi berat badan anda secara sama rata.
     
  5. Pertimbangkan untuk menghadiri kelas yoga antenatal - anda akan ditunjukkan cara regangan belakang yang selamat dan lembut.
     
  6. Lakukan senaman ringan, seperti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari.
     
  7. Banyakkan berehat, terutamanya sewaktu menghampiri tarikh anda bersalin.
     
  8. Mandian hangat mampu melegakan kesakitan dan membantu otot anda berehat.
     
  9. Bengkok, regang dan putar kaki anda perlahan-lahan untuk membantu mencegah kekejangan kaki.
     
  10. Buku lali bengkak? Teruskan berhidrat dan berehat.
     
  11. Dapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar atau profesional kesihatan (HCP) anda untuk sebarang perubatan semasa kehamilan.
     
  12. Untuk kesakitan pelvik, dapatkan bantuan daripada HCP atau doktor pakar anda -mereka boleh merujuk anda kepada pakar fisioterapi.
     
  13. Jika anda rasa anda mengalami kontraksi, baca senarai semak Tanda-tanda untuk bersalin kami.

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.