PERKEMBANGAN MINGGU KE-14
Hi bertemu lagi! Macam mana anda hari ini?
Kalau anda berasa lebih baik sekarang, dan ramai wanita pun begitu semasa trimester kedua mereka, manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Inilah masa terbaik untuk melancong atau melakukan aktiviti lain dengan pasangan anda. Anda mungkin tidak dapat melakukannya kemudian semasa kehamilan anda. Ia juga merupakan masa yang tepat untuk ‘memanjakan’ diri sendiri - pergilah ‘cuci mata’ di pusat beli-belah atau keluar makan dengan kawan-kawan. Anggaplah ini sebagai hadiah kerana anda telah berjaya melepasi halangan pertama! Jadi apa sahaja buat anda gembira, lakukannya.
Minggu ini kuku anak anda mula berkembang dan lapisan sebelah dalam kulit (dermis) di bawah lapisan kulit luar (epidermis) terus berkembang. Tiroidnya mula berfungsi dan kini mengeluarkan hormon tiroid. Dari minggu ini, anak anda mula lebih aktif di kandungan dalam anda dan pergerakannya lebih selaras. Beratnya kini sekitar 110g dan panjangnya kira-kira 12 cm dari tulang tongkeng ke kepala.
PEMAKANAN
Lemak dan asid lemak penting sememangnya perlu dalam diet anda. Walau bagaimanapun, segelintir daripada kita berisiko tidak mendapat dengan secukupnya. Dengan 1 sudu teh lemak mengandungi lebih daripada dua kali kalori daripada 1 sudu teh protein (putih telur) atau karbohidrat (kentang), cara mudah untuk membantu mengawal berat badan adalah dengan mengetahui berapa banyak kalori lemak tambahan dalam diet anda. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk pengambilan lemak. Pertama sekali, Gunakan sedikit minyak bila memasak. Pilih minyak sayuran "sihat" yang lebih rendah lemak tepu, berbanding dengan lemak haiwan pepejal seperti mentega. Terdapat sumber asid lemak penting untuk anda dan anak anda, seperti minyak canola. Tapi, jangan lupa tentang kepentingan DHA (asid dokosaheksaenoik), lemak yang terdapat dalam beberapa jenis ikan seperti salmon, yang membantu menyokong perkembangan otak dan mata anak anda.
TIP
Merancang untuk bercuti tapi tertanya-tanya bolehkan anda pergi? Boleh saja pergi bercuti pada bulan keempat atau kelima kehamilan. Anda masih boleh bergerak macam biasa dan melakukan hampir semua aktiviti yang anda inginkan. Perkara yang perlu difikirkan: Kalau menaiki kereta, ingatlah untuk berhenti dan berehat serta ke tandas setiap dua jam. Itu biasa, kerana anda minum lebih banyak daripada biasa. Anda tidak boleh duduk terlalu lama dengan kaki yang bengkok dan anda perlu kerap berdiri, terutamanya jika dalam penerbangan (tiada masalah menaiki penerbangan sehingga bulan ketujuh, tetapi periksa dengan doktor anda dahulu). Jika kesihatan anda mudah terjejas dalam cuaca sejuk, pilih negara tidak bersalji dan jarang hujan dengan suhu sekitar tujuh hingga 15 darjah Celsius. Ingatlah bahawa perkhidmatan perubatan dan keadaan kebersihan selalunya tidak sebaik keadaan di tempat sendiri.
Sila ambil perhatian: Jika suntikan diperlukan atau anda memerlukan ubat penyakit perjalanan, ini mesti dibincangkan dengan doktor anda terlebih dahulu.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.