Telur Dadar Tiga Warna
Hidangan cepat ini mudah disediakan dan berkhasiat. Telur adalah penyumbang besar protein untuk Si Manja. Lada benggala penuh dengan vitamin A dan C, dua nutrien utama yang diperlukan oleh Si Manja untuk mata, kulit dan perkembangan sistem imun.
Ramuan
A:
2 biji telur, dipukul
1 sudu besar bawang, dicincang
1 sudu besar lada hijau, dicincang
1 sudu besar lada merah, dicincang
1 sudu besar lada kuning, dicincang
3 sudu besar CERELAC Beras & Sayur-sayuran
5 sudu besar susu
B:
1 sudu besar minyak masak atau mentega
Garam secukup rasa, tidak diwajibkan
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Dalam mangkuk, gaulkan bahan A.
2. Panaskan minyak dan tuangkan bahan A.
3. Kacau dengan api sederhana sehingga telur masak.
4. Hidangkan, sebagai alternatif boleh juga dihidangkan dengan roti bakar. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 93 kcal
Karbohidrat: 6.3g
Protein: 4.8g
Lemak: 7.5g
Produk yang digunakan
BIJIRIN BAYI CERELAC BERAS & SAYUR SAYURAN
Memperkenalkan sayur-sayuran lazat dalam diet anak anda dengan asas yang sempurna untuk membantu mereka meningkatkan selera menikmati sayur-sayuran dan pilihan berkhasiat lain.
Helpful tools