
Penkek Bertema Sarang Labah
Lempeng boleh menjadi seram apabila anda membentuknya menjadi bentuk sarang labah-labah. Tambahkan topping yang lebih sihat, seperti buah-buahan untuk meningkatkan vitamin bagi perkembangan Si Manja.
Ramuan
A:
50g tepung gandum
5 sudu besar CERELAC Beras & Soya
1 biji telur
150ml susu
2 sudu kecil minyak masak
B:
1 cawan buah-buahan segar seperti manga, betik, strawberi & pisang
½ cawan yogurt buah
Sirap maple atau madu*, pilihan
*Madu yang digunakan dalam produk ini telah menjalani rawatan haba yang disahkan secara luaran yang menyahaktifkan sebarang bakteria Clostridium Botulinum, menjadikan produk kami selamat untuk dimakan.
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan gunakan acuan roti jala untuk membuat pancake roti jala.
3. Masak sehingga bahagian bawah pancake berwarna perang dan alihkan.
4. Menggunakan mangkuk, kacau ramuan B dan masukkan campuran buah-buahan ke dalam setiap pankek, lipat dan susun di atas pinggan. Hias dengan sirap maple dan sedia dihidangkan. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 111 kcal
Karbohidrat: 13.6g
Protein: 3.5g
Lemak: 5.8g
Helpful tools