
Puding Jeli Berlapis
Resipi lazat ini dengan lapisan susu dan jeli pastinya akan menjadi hidangan istimewa! Warna dan bentuk mungkin akan lebih menarikkan perhatian kanak-kanak untuk mencuba makanan baru.
Ramuan
A:
1 cawan air
50ml susu
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu besar gula
B:
4 sudu besar CERELAC Beras & Buah-buahan
2 sudu besar tepung kastard
¼ cawan air
1 biji telur
C
½ paket (44g) jeli segera perisa strawberi
200ml air panas
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Dalam periuk, panaskan bahan-bahan A.
2. Kemudian tambahkan bahan-bahan B dan reneh selama 2 minit, kacau.
3. Sementara itu, cairkan jeli segera dengan air panas.
4. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan jeli.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 113 kcal
Protein: 3.6g
Lemak: 2.3g
Karbohidrat: 19.4g
Produk yang digunakan

BIJIRIN BAYI CERELAC BERAS & BUAH-BUAHAN
Dipenuhi dengan serat dan nutrisi penting untuk memberikan diet yang seimbang dan sihat serta merangkumi rasa epal, pisang, dan oren yang lazat.
Helpful tools