Mufin Pisang & Coklat
Mufin ini sememangnya lazat, lembut dan rasanya akan disukai oleh Si Manja anda. Dengan pisang dan cip coklat, ia pasti akan membuka selera! Jadikan mufin ini pilihan yang lebih sihat dengan menggantikan tepung biasa dengan tepung gandum.
Ramuan
A
150g tepung naik sendiri
50g tepung gandum
1 susu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
B
10 sudu besar CERELAC Oat, Gandum & Prun
C
125g gula perang
3 biji pisang masak besar, dilecek
1 biji telur, dipukul
75ml air
75ml minyak sayuran
75g coklat masakan gelap, dicincang kasar
Langkah penyediaan
-
Cara-cara Memasak
1. Dalam mangkuk adunan, ayak bersama bahan A dan gaul CERELAC Oat, Gandum & Prun; ketepikan.
2. Dalam jug, campurkan bersama gula, pisang, telur, air dan minyak, kemudian gabungkan bahan-bahan kering dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tambahkan dalam coklat yang dicincang.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan mufin yang telah disapu minyak hingga ¾ penuh, ratakan.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180°C selama 15-20 minit atau sehingga sedikit perang. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan atas rak dawai. -
Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan
Tenaga: 139 kcal
Protein: 2.8g
Lemak: 5.4g
Karbohidrat: 20.0g
Produk yang digunakan
BIJIRIN BAYI CERELAC GANDUM, PISANG & PRUN
Memperkenalkan rasa dan tekstur untuk memperkayakan diet pemakanan bayi anda dalam membangunkan cita rasa makan mereka.
Helpful tools