What exercise can I do and when?

What exercise can I do and when?

Senaman apakah yang boleh saya lakukan dan bila?

Kehamilan
Artikel
Oct 28, 2021
3 minit

Bersenam semasa hamil adalah penting untuk kesihatan anda dan kandungan anda. Aktiviti fizikal boleh membantu anda mengawal pertambahan berat badan, memperbaiki mood, dan juga membantu melancarkan proses bersalin.

Mungkin ada masanya anda akan berasa tiada keinginan untuk bersenam. Kebiasaannya pada minggu-minggu awal jika anda merasa sakit atau pada peringkat seterusnya, jika anda merasa tidak selesa kerana berat. Adalah penting untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai untuk setiap trimester. Ia akan memberi anda motivasi dan yang paling penting, teruskan untuk sentiasa bergerak!

Sentiasa dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan anda tentang program senaman semasa hamil.

Trimester pertama

Loya dan keletihan boleh mengurangkan tenaga dan motivasi semasa 12 minggu yang pertama, tetapi aktiviti fizikal adalah salah satu cara yang boleh membantu anda untuk berasa lebih cergas.

Aktif sebelum hamil?

SASARAN: Teruskan dengan rejim senaman biasa anda, jika boleh. Penat? Beralih kepada aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang - semuanya dikira ke arah sasaran 30 minit, lima kali seminggu.

Tidak aktif sebelum hamil?

SASARAN: Pilih aktiviti yang anda suka dan fikirkan bagaimana anda boleh memasukkannya ke dalam jadual harian anda. Jika ia aktiviti baru, mulakan dengan sesi pendek dan bina secara beransur-ansur. Tambah aktiviti berjalan kaki ke dalam rutin harian anda - berjalan kaki ke kedai, stesen atau perhentian bas, serta berjalan selama 10 minit di sekitar bangunan semasa rehat atau waktu makan tengah hari anda.

Setiap orang: 

SASARAN: Mencari rakan atau ahli keluarga untuk menjadi penyokong peribadi/jurulatih/rakan sepasukan boleh membantu memastikan anda terus bermotivasi.

Trimester kedua

Bagi kebanyakan wanita, tiga bulan ini mengembalikan tenaga dan pengurangan rasa letih yang amat dinantikan. Jadi, ambil kesempatan dengan kembali melakukan rejim senaman lama anda (jika anda aktif sebelum kehamilan) atau mulakan dengan perlahan dan stabil. Anda mungkin perlu mengubah suai beberapa latihan untuk menampung perubahan bentuk dan rasa keseimbangan anda.

Aktif sebelum hamil?

SASARAN: Jika anda agak perlahan pada trimester pertama dan kekal sihat, anda boleh kembali kepada intensiti dan kekerapan senaman yang sama seperti yang anda lakukan sebelum hamil.

Tidak aktif sebelum hamil?

SASARAN: Wanita hamil yang sihat boleh meningkatkan aktiviti yang mereka mulakan dalam trimester pertama. Berjalan untuk tempoh masa yang lebih lama, pada kadar yang lebih cepat atau mencari laluan yang lebih mencabar di kawasan berbukit. Sebagai alternatif, anda mungkin ingin mencuba berenang atau yoga bagi wanita hamil.

Trimester ketiga

Apabila anak anda semakin besar, anda mungkin mendapati bahawa keletihan kembali dirasai, ditambah pula dengan ketidakselesaan biasa dan kebimbangan tentang kehidupan dengan ‘orang baru’. Berita baiknya ialah senaman boleh membuatkan anda berasa lebih baik dari segi mental dan fizikal. Dan ingat, usaha anda akan membuahkan hasil tidak lama lagi – proses bersalin yang lebih cepat dan mudah.

Aktif sebelum hamil?

SASARAN: Wanita hamil yang sihat biasanya boleh meneruskan rutin senaman biasa selagi mereka mampu, mengubah beberapa aspek seperti bersenam dalam posisi duduk dan bukannya melompat. Jika senaman berimpak tinggi terlalu berat, fokus pada aktiviti sederhana seperti berjalan dengan penuh tenaga. Aktiviti berjalan telah terbukti membantu melegakan kontraksi Braxton Hicks (juga dikenali sebagai "latihan" kontraksi - apabila otot rahim anda mengetat selama beberapa saat dan perut anda mungkin mengeras).

Tidak aktif sebelum hamil?

SASARAN: Kekalkan intensiti dan kekerapan aktiviti yang sama seperti yang anda lakukan semasa trimester kedua selagi anda mampu. Payah? Kembali berjalan dalam jarak yang dekat sebagai aktiviti utama harian anda.

Klik di sini untuk memuat turun infografik senaman mengikut trimester anda. Anda boleh cetak dan lekatkannya di peti sejuk atau menyimpannya pada telefon, tablet atau komputer sebagai peringatan kepada sasaran aktiviti anda pada setiap peringkat kehamilan.

What exercise can I do and when?

Sumber

Committee Opinion. Committee on Obstetric Practice. Physical activity and exercise during pregnancy and the postpartum period. The American College of Obstetricians and Gynecologists 2015; 650.

www.acog.org

www.cdc.gov

Last revised: August, 2016

 

Artikel berkaitan

View details Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 26-40
Artikel
Pregnancy Symptoms Week By Week: Week 26 - 40

Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 26-40

Masanya hampir tiba! Inilah fasa di mana anda benar-benar merasakan perjalanan anda sebagai seorang ibu.

5 minit hingga baca

View details Minggu ke-15 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
15-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-15 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si kecil di dalam kandungan anda terus berkembang dan minggu ini dia mula mendapatkan deria rasanya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
31-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet

Menjelang hari yang dinantikan, si manja anda tidak lama lagi akan bergerak ke kedudukan di mana dia akan dilahirkan. Pandainya dia! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-10 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
10 Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-10 kehamilan: Perkembangan dan diet

Anda telah pun memasuki minggu ke-10 kehamilan. Masih ada 29 minggu lagi sebelum anda dapat menatap wajah cahaya mata anda. Ketahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku pada minggu ini.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-26 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
26-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-26 kehamilan: Perkembangan dan diet

Sudah tiba masanya untuk ucapkan ‘sayonara’ kepada minggu terakhir trimester kedua anda. Si manja anda akan membuka matanya buat kali pertama pada ketika ini!

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Soalan untuk ditanyakan pada temujanji pranatal pertama anda
Artikel
Questions to ask at your first prenatal appointment

Soalan untuk ditanyakan pada temujanji pranatal pertama anda

Kini tiba masanya untuk temujanji pranatal pertama anda – teruja?

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan
Artikel
3-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan

PERKEMBANGAN MINGGU KE-3

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-21 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
21-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-21 kehamilan: Perkembangan dan diet

Walaupun berat janin kini sekitar setengah kilo, si kecil anda masih mempunyai banyak ruang di dalam rahim anda. Dia suka ‘bermain’ di dalamnya apabila tidak tidur!

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
37-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si manja anda cenderung untuk menghalakan kepalanya ke bawah, lengannya bersilang, dan kaki terlipat di dada kerana tidak banyak ruang untuknya bergerak.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Kebimbangan semasa hamil dan penyelesaian diet
Artikel
Pregnancy concerns

Kebimbangan semasa hamil dan penyelesaian diet

Berikut adalah senarai beberapa kebimbangan semasa hamil yang biasa serta beberapa langkah tindakan positif yang boleh anda ambil yang mungkin memba

5 minit hingga baca

View details Tanda-Tanda Awal Kehamilan: Minggu 1-12
Artikel
Pregnancy Symptoms Week By Week: Week 1 – 12

Tanda-Tanda Awal Kehamilan: Minggu 1-12

Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokan (dan ada masanya memenatkan) bagi perubahan badan anda untuk menampung anak yang baru lahir sebagaimana mereka bersedia untuk menjejakkan kaki ke

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-16 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
16-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-16 kehamilan: Perkembangan dan diet

Kalaulah anda dapat lihat perkembangan si manja di dalam kandungan, anda mungkin akan lihat dia menghisap ibu jarinya! Dia akhirnya berjaya membawa ke mulutnya.

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
32-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si kecil anda masih berkembang semasa anda menuju ke pusingan akhir, tetapi kebanyakannya menyempurnakan apa yang perlu. Dia bersedia untuk bertemu dengan anda!

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ketahui 6 Tanda-tanda
Artikel
 Learn about the 6 signs of labour

Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ketahui 6 Tanda-tanda

Bagi ibu bapa yang menjangkakan anak pertama, anda mungkin tidak pasti apa yang diharapkan apabila anda hampir bersalin. Ketahui 6 Tanda-tandanya.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
11-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet

Kalaulah anda boleh lihat di dalam, tentu anda akan lihat rambut halus dan bulu kening si manja mula tumbuh. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-27 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
27-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-27 kehamilan: Perkembangan dan diet

Buah hati kecil anda masih dalam proses perkembangan. Tetapi pada hari ini, ukurannya lebih daripada 30cm panjang, cukup besar kalau dibaringkan di lengan anda.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda
Artikel
Questions to ask at your 12-week scan

Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda

Akhirnya, tiba masanya untuk anda melakukan imbasan minggu ke-12! Imbasan kehamilan ini adalah penting.

1 minit hingga baca

View details Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
6-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet

Pertumbuhan anak anda sememangnya luar biasa pada peringkat ini. Begitu banyak perkembangan menarik berlaku pada si kecil anda! Bacalah lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-22 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
22-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-22 kehamilan: Perkembangan dan diet

Kalaulah anda boleh melihat di dalam, anda mungkin dapat lihat betapa comelnya si manja anda menghisap ibu jarinya. Inilah cara alam semula jadi untuk persediaan menyusu setelah lahir.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.