
16-Week pregnant: Development and Diet
Minggu ke-16 kehamilan: Perkembangan dan diet
Kalaulah anda dapat lihat perkembangan si manja di dalam kandungan, anda mungkin akan lihat dia menghisap ibu jarinya! Dia akhirnya berjaya membawa ke mulutnya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
PERKEMBANGAN MINGGU KE-16
Hey, apa khabar? Anda mengidam makan sesuatu? Harap-harap janganlah yang pelik-pelik ya!
Kalau anda mengidam anda mungkin tertanya-tanya adakah ia kerana anda kekurangan nutrien. Tidak, ia hanya kesan sampingan yang berkaitan dengan hormon kehamilan. Anda mungkin menyedari bahawa sesetengah makanan kelihatan 'berbeza' atau kurang menyelarakan. Yang lainnya, rasa seperti nak sangat! Itulah tubuh seorang wanita hamil. Tiada sebab yang khusus mengapa ia berlaku. Hanya ambil yang terbaik dan fikirkan tentang "kesederhanaan" dalam semua yang anda makan. Cuba seimbangkan kemahuan anda dengan menjaga diri dan anak anda yang semakin membesar.
Dah rasa si manja anda bergerak? Kalau belum, ada kemungkinan anda merasakannya buat kali pertama minggu ini (atau pada minggu-minggu akan datang). Pergerakan ini masih sangat perlahan, jadi jangan harap macam ‘gegar vaganza’. Ia rasa seperti rama-rama terbang di dalam perut anda. Atau macam gelembung kecil. Inilah momen yang indah untuk dikenang apabila ia berlaku.
PEMAKANAN
Vitamin A adalah penting apabila anda hamil tetapi dalam jumlah yang betul, tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Pengambilan berlebihan boleh memudaratkan anak anda yang sedang membesar. Ketahuilah bahawa beberapa rawatan kulit yang mengandungi Vitamin A adalah dilarang untuk wanita hamil. Makanan untuk dimakan yang kaya dengan Vitamin A termasuk susu dan produk tenusu, mentega, telur (kuning khususnya), sayur-sayuran seperti bayam, salad, pasli, tomato atau lobak merah, oren dan buah-buahan berwarna kuning (aprikot, tembikai, mangga).
TIPS
Menjelang bulan keenam, anda dan pasangan disyorkan untuk pergi ke kelas antenatal untuk mula bersiap sedia menantikan kelahiran anak anda, terutamanya jika ini adalah anak pertama anda (atau jika anak pertama anda beberapa tahun yang lalu!). Anda akan belajar tentang kelahiran, dan cara melegakan kesakitan, pernafasan, dan teknik relaksasi. Lawatan ke bilik bilik bersalin, latihan untuk kecergasan semasa kehamilan, jawapan kepada soalan-soalan anda tentang penyusuan susu ibu dan banyak lagi perkara lain yang begitu berguna. Kelas antenatal adalah tempat yang ideal untuk mengenali ibu atau pasangan lain. Siapa yang lebih baik untuk berkongsi pengalaman anda?
Artikel berkaitan

3 Tip Untuk Mengatasi Keletihan Semasa Hamil
Pengalaman untuk menjadi seorang ibu adalah detik indah yang penuh dengan cabaran.
4 minit hingga baca

Minggu ke-7 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anak di dalam kandungan anda cukup mengagumkan dengan saiz 18 mm panjang. Walaupun anda belum merasakannya, tapi dia terus berkembang. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Minggu ke-24 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anda boleh rasa si manja anda bertindak balas terhadap bunyi bising dan anda dah membelainya? Kebanyakan wanita mengadu ini berlaku menjelang akhir trimester kedua.
3 minit hingga baca

Minggu ke-40 kehamilan: Perkembangan dan diet
Masa yang dinanti-nantikan telah tiba! Tapi jika yang anda nantikan belum lagi muncul, tunggulah dalam beberapa hari lagi. Akhirnya anda kini bergelar ibu!
2 minit hingga baca

Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean
Seperti mana-mana pembedahan, pemulihan pembedahan caesarean juga mengambil masa.
2 minit hingga baca

Kehamilan: Titik Permulaan untuk Menyayangi dan Melindungi sebagai Seorang Ibu
Sebaik sahaja anda tahu anda hamil, naluri ibu anda berputik. Pada masa inilah perjalanan anda sebagai seorang ibu bermula.
Danial Ahmad, Author
4 minit hingga baca

Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet
Berat si manja dalam kandungan anda kini antara 300 dan 400 gram – lebih kurang sama berat dengan sebiji buah mangga harum manis. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
3 minit hingga baca

Minggu ke-35 kehamilan: Perkembangan dan diet
Dalam tempoh lebih kurang sebulan, anda akan dianugerahkan dengan cahaya mata yang membawa sinar bahagia dalam hidup anda.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

5 cara untuk mengurangkan peluang anak anda mengalami alahan
Sejarah keluarga bukanlah punca segalanya – diet dan gaya hidup anda semasa hamil boleh mempengaruhi risiko anak anda mengalami alahan
Shen-Li Tan
5 minit hingga baca

Minggu ke-13 kehamilan: Perkembangan dan diet
Permulaan trimester kedua bermakna bermulanya pelbagai perkembangan baru dalam kandungan anda. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
2 minit hingga baca

Minggu ke-30 kehamilan: Perkembangan dan diet
Setiap hari, si manja anda terus berkembang, bersiap sedia untuk melihat dunia hanya dalam tempoh kurang daripada 10 minggu. Adakah masa berlalu dengan cepat atau terlalu perlahan bagi anda?
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Kekal cergas dan aktif untuk kelahiran yang lebih mudah!
Tahukah anda? Membuat aktiviti fizikal secara kerap ketika mengandung akan membantu anda untuk memendekkan masa dan memudahkan proses di dalam bilik bersalin.
2 minit hingga baca

Terokai Keindahan Perjalanan Kehamilan
Ketahui bagaimana bayi anda membesar minggu demi minggu semasa mengandung. Langgani saluran YouTube Nestlé Start Well Stay Well sekarang!
Danial Ahmad, Author
1 minit hingga baca

Minggu ke-8 kehamilan: Perkembangan dan diet
Bersaiz seperti telur puyuh, si manja anda kini berukuran kira-kira 30mm panjang. Ketahui lebih lanjut tentangnya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-25 kehamilan: Perkembangan dan diet
Dua minggu lagi akan berakhir trimester kedua. Anda sudah bersedia untuk menuju ke garisan penamat? Baca lebih lanjut bagaimana untuk melancarkannya.
2 minit hingga baca

Bagaimana untuk menangani mabuk hamil pada permulaan kehamilan
Mabuk hamil boleh menyerang pada bila-bila masa, siang atau malam, terutamanya pada permulaan kehamilan. Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan trimester pertama lebih selesa.
Danial Ahmad, Author
1 minit hingga baca

3 Tip Untuk Mengurangkan Tekanan untuk Ibu
Pengalaman seorang ibu semestinya penuh dengan saat indah biarpun mencabar.
3 minit hingga baca

Minggu ke-20 kehamilan: Perkembangan dan diet
Banyak perkembangan yang berlaku di kandungan minggu yang mungkin buat anda rasa ingin tidur sejenak selepas membacanya! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
3 minit hingga baca

Minggu ke-36 kehamilan: Perkembangan dan diet
Mulai sekarang sehingga detik kelahirannya, si manja anda akan terus berkembang. Dia kini sudah berukuran 45cm panjang dan beratnya kira-kira 2.9kg! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Aplikasi berkaitan
Kalendar Ovulasi
Tentukan bila anda berkemungkinan untuk ovulasi boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Kalendar Mingguan Kehamilan
Ketahui perubahan yang dapat anda jangkakan dalam badan, emosi, kehidupan dan Si Manja anda.