potty-training-toddlers

Tips for potty training toddlers

Tip latihan menggunakan potty / tandas

Zaman Kanak-Kanak
Artikel
Nov 29, 2021
2 minit

Bagaimana atau bila untuk memulakan latihan menggunakan potty / tandas latihan? Baca tip latihan penggunaan potty/tandas untuk membantu kanak-kanak belajar menggunakannya dengan betul.

Author(s): Danial Ahmad

Tips

  • Perhatikan tanda-tanda bahawa si manja anda telah bersedia untuk mencuba menggunakan potty/tandas latihan. Ini mungkin antara umur 2-3 tahun.
  • Mereka mungkin memberi isyarat kepada anda apabila mereka telah kencing atau membuang air besar di dalam lampin mereka.
  • Mereka mungkin gelisah dengan lampin mereka atau pergi ke suatu tempat yang tersembunyi apabila mereka rasa nak membuang.
  • Jangan cuba memulakan latihan ke tandas apabila si manja anda mungkin belum bersedia (contohnya pindah rumah, dapat adik baru).
  • Biarkan mereka ada masa tanpa lampin pada siang hari, dengan potty/tandas latihan sentiasa ada berhampiran.
  • Bantu dan suruh si manja anda untuk duduk di atas potty / tandas latihannya selama beberapa minit pada masa yang ditetapkan setiap hari (selepas makan, sebelum waktu mandi).
  • Jika si manja anda tidak boleh duduk diam, cuba berikan mereka buku untuk dibaca.
  • Jika mereka tidak berjaya, cuba bawa mereka ke tandas dewasa dengan kerusi latihan tandas kanak-kanak. Jika mereka belum bersedia, cuba lagi kemudian.
  •  ‘Kesilapan’ tidak dapat dielakkan jadi puji kejayaan mereka, dan berikan galakan!

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.