Membimbing Anak Anda dengan Teknik Mencuci Tangan yang Betul
Terdapat amalan mudah untuk mengurankan risiko kuman yang mendatangkan penyakit ini.
Si manja anda sentiasa ingin tahu, dan dunia dipenuhi dengan permukaan dan objek yang boleh membawa kuman. Daripada mainan, kepada peralatan taman permainan, dan juga berjabat tangan, kuman ini boleh dipindahkan ke tangan anak anda dengan mudah. Ini kemudiannya mungkin akan membawa kepada penyakit seperti selesema atau jangkitan yang lebih serius.
Berita baiknya ialah, terdapat amalan mudah yang boleh anda ajarkan kepada mereka untuk membantu mengurangkan risiko kuman yang mendatangkan penyakit ini.
Ya, semudah mengajar mereka teknik mencuci tangan yang betul. Mencuci tangan secara kerap dengan sabun adalah salah satu cara yang lebih berkesan untuk menghapuskan kuman. Ia membantu menghilangkan sebarang kotoran, bakteria dan virus dari tangan mereka, mengurangkan kemungkinan organisma ini memasuki tubuh dan menyebabkan penyakit.
Bila Mereka Perlu Mencuci Tangan
Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk mencipta rutin atau pencetus yang akan membantu anak anda mengingati bila masanya mereka perlu mencuci tangan, dan seterusnya, menjadikannya kebiasaan. Apabila kita mula mendidik mereka amalan ini, kita harus mengingatkan mereka dengan cara yang memberi galakkan.
Berikut ialah beberapa rutin atau pemicu yang boleh anda mengingatkan mereka:
- Selepas menggunakan tandas
- Sebelum dan selepas makan
- Selepas bermain
- Apabila tangan mereka kelihatan kotor
Cara Mencuci Tangan Mereka
Walaupun langkah mencuci tangan itu sendiri penting, mempelajari cara yang betul adalah sama pentingnya. Pastikan mereka mengikuti langkah-langkah ini apabila mereka mencuci tangan.
- Basahkan tangan mereka dengan air bersih yang mengalir
- Gunakan sabun dan pastikan untuk menyabunkan semua permukaan tangan
- Gosok tangan selama sekurang-kurangnya 20 saat, pastikan anda membersihkan antara jari, di bawah kuku, dan di belakang tangan
- Bilas tangan dengan teliti di bawah air bersih yang mengalir
- Keringkan tangan dengan tuala bersih atau biarkan ia kering
Pada mulanya, cuba berada di sebelah mereka, lakukan langkah-langkah ini bersama mereka supaya mereka boleh melihat dan belajar, yang akan membantu mereka mengingati dengan lebih baik.
Cara Menyeronokkan untuk Mengajar Mencuci Tangan
Menjadikan teknik mencuci tangan yang betul menyeronokkan untuk dipelajari boleh membantu anak anda menyukai amalan penting ini. Berikut ialah beberapa kaedah kreatif yang boleh anda cuba:
- Sabun berwarna-warni: Kanak-kanak suka warna-warna yang terang. Pilih sabun tangan dalam warna yang terang untuk menjadikan proses lebih menarik secara visual. Biarkan mereka memilih warna kegemaran mereka atau sabun dengan watak kegemaran mereka, dan mereka akan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
- Menyanyi semasa mencuci: Jadikan mencuci tangan menyeronokkan dengan memasukkan lagu. Ajar anak-anak anda lagu yang menarik, seperti ''Happy Birthday' atau 'Twinkle, Twinkle, Little Star,' dan minta mereka menyanyikannya semasa menggosok tangan mereka. Ini juga memastikan mereka mencuci tangan untuk tempoh yang disyorkan sekurang-kurangnya 20 saat.
- Ubahnya menjadi permainan: Kanak-kanak suka bermain, jadi mengapa tidak semasa mencuci tangan? Ajarkan rutin dengan tindakan tertentu, seperti menggosok tapak tangan bersama-sama, mencuci antara jari, dan menggosok di bawah kuku.
Cabar anak anda untuk menyelesaikan setiap langkah dengan betul, berikan ganjaran kepada mereka berupa pelekat atau hidangan kecil atas usaha mereka.
Selain daripada mencuci tangan, sama pentingnya untuk memastikan bahawa anak anda mempunyai asas imun yang kuat untuk melindungi mereka daripada pelbagai penyakit dan jangkitan yang dibawa oleh kuman dan bakteria di sekeliling kita. Itulah sebabnya tepung susu rumusan NANKID OPTIPRO diformulasikan dengan 2'-FL Oligosakarida & Probiotik B. lactis untuk menyokong pertahanan imun kanak-kanak.
Oleh itu, dengan memberi keutamaan kepada kesihatan imun anak anda dan mengajar anak anda tabiat kebersihan yang baik, anda sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan kesejahteraan dan ketahanan keseluruhan mereka terhadap penyakit; membolehkan mereka untuk bermain dan belajar tanpa kebimbangan.
BOILERPLATE:
Imuniti yang kuat merupakan asas penting bagi pertumbuhan anak anda. Itulah sebabnya NANKID OPTIPRO dirumus dengan Immunity Guardians* yang terdiri daripada Oligosakarida 2'-FL dan Probiotik B. lactis. Kombinasi ini bekerjasama untuk mengukuhkan kekebalan mereka daripada bakteria berbahaya sambil menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk usus yang sihat dan membantu mengurangkan risiko jangkitan anak anda.
NANKID OPTIPRO adalah satu-satunya jenama yang mempunyai tahap tertinggi 2'-FL
Oligosakarida^ dan 100 juta Probiotik B. lactis+.
*Immunity Guardians merujuk kepada Oligosakarida 2'-FL & Probiotik B. lactis untuk menyokong asas imun.
^Berbanding dengan susu tepung rumusan utama untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun setiap 100g susu tepung (sehingga Mac, 2024).
+Merujuk kepada 100 juta Probiotik B. lactis bagi setiap 100g susu tepung
Artikel berkaitan