10 early signs of pregnancy

10 Early Signs of Pregnancy

10 Tanda-Tanda Awal Ibu Mengandung

Prakehamilan
Artikel
Feb 19, 2021
4 minit

Bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga dan masih di dalam fasa untuk kehamilan, ianya merupakan cabaran dan pengalaman yang dinanti-nantikan.

Author(s): Danial Ahmad

Bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga dan masih di dalam fasa untuk kehamilan, ianya merupakan cabaran dan pengalaman yang dinanti-nantikan. Kebanyakan wanita tidak sedar di awal kehamilan mereka. Berikut ialah tanda-tanda awal mengandung:


1. Mabuk pagi atau morning sickness

Secara umumnya, tanda kehamilan akan berlaku selepas beberapa minggu seperti wanita seringkali berasa mual dan ingin muntah sepanjang hari lebih-lebih di waktu pagi. Tidak semua wanita merasakan mabuk pagi ini secara berterusan, tetapi ia boleh dianggap sebagai salah satu tanda awal seseorang itu telah hamil.


2. Mengidam

Ia adalah satu tanda kehamilan yang klise dan sering diperkatakan oleh orang ramai. Ia berlaku apabila nafsu makan yang meningkat secara tiba-tiba dan membuatkan anda mengidam dengan sesuatu makanan.

Walaupun ia bukanlah tanda yang begitu pasti, namun ianya selalu terjadi kepada mereka yang baru hamil serta diikuti dengan beberapa tanda-tanda yang lain juga.


3. Sakit kepala

Perubahan hormon dalam badan dan ianya sering berlaku atas faktor fizikal yang dialami. Seterusnya, ia boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan atau stress mahupun tekanan darah rendah. Dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.


4. Membuang air kecil dengan kerap

Sekiranya hormon terhasil sebaik sahaja embrio wujud, anda mungkin akan merasakan anda perlu membuang air kecil dengan lebih kerap.


5. Perubahan pada payudara anda

Sebelum datang haid, payu udara anda akan berasa bengkak dan sensitif terhadap sentuhan, terutamanya jika anda sedang hamil. Kesakitan pada payu udara akan berkurangan apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon tersebut.

Perubahan bentuk badan di bahagian lain juga akan terjadi seperti peha, punggung dan paling ketara sekali ialah pada bahagian perut.


6. Tidak datang haid

Tidak datang haid ialah salah satu tanda kehamilan yang agak pasti bagi seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Jika haid anda tidak teratur, anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan untuk kepastian.


7. Rasa penat dan lelah

Perubahan hormon yang tinggi membolehkan anda berasa malas, penat dan lelah. Walaupun ia mungkin bukanlah tanda yang kukuh tanpa kehadiran tanda-tanda lain, namun ia adalah tanda penting awal kehamilan yang perlu dititikberatkan supaya anda tidak mengalami keletihan yang berpanjangan dan boleh menjejaskan kesihatan anda.


8. Perubahan angin atau mood yang ketara

Perubahan hormon yang ketara ketika mengandung boleh membuatkan perasaan atau mood anda berubah-ubah. Jika anda berasa lebih beremosi, anda harus berehat dan keluar bersama pasangan atau rakan anda.


9. Perubahan pada deria rasa dan bau

Ada sesetengah wanita mengatakan mereka akan merasa sedikit loya di mulut dan malah segelintir mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa minuman atau makanan kegemaran mereka sendiri. Ada juga yang sensitif kepada bau yang menyebabkan mereka berasa mual dan ingin muntah.


10. Ujian kehamilan yang positif

Ternyata dengan melakukan ujian kehamilan dapat memberikan jawapan kepada persoalan tentang kehamilan anda.

Ianya sangat penting buat ibu yang hamil untuk menjaga pemakanan, kesihatannya dan juga kandungan agar dapat menempuh menempuh saat indah bergelar ibu.

Cubalah Nestlé MOM. Ia ialah susu formula dirumus khas dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, vitamin A, vitamin C, kalsium dan zat besi. Ia juga mengandungi DHA (125mg setiap 100g) yang didapati banyak di dalam otak. Selain itu, Nestlé MOM membekalkan protein untuk menyokong keperluan tambahan anda semasa hamil.

 

Artikel berkaitan

View details Perancangan menu untuk kekal sihat
Artikel
Pre-pregnancy diet and lifestyle_05_LEARN_Feed your future family_v2

Perancangan menu untuk kekal sihat

Sederhana aktif? Sasarkan sekitar 2000 kalori sehari dan pilih hidangan daripada lima kumpulan makanan sebagai persediaan anda untuk kehamilan yang sihat.

Danial Ahmad, Author

1 minit hingga baca

View details Senarai semak cuti bersalin dan gaji bersalin anda
Artikel
Your maternity leave and maternity pay checklist

Senarai semak cuti bersalin dan gaji bersalin anda

It might seem a while away, but once you’ve made your pregnancy announcement, it’s a good idea to begin maternity leave preparations and find out if you’re entitled to maternity pay.

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
11-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet

Kalaulah anda boleh lihat di dalam, tentu anda akan lihat rambut halus dan bulu kening si manja mula tumbuh. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda
Artikel
Questions to ask at your 12-week scan

Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda

Akhirnya, tiba masanya untuk anda melakukan imbasan minggu ke-12! Imbasan kehamilan ini adalah penting.

1 minit hingga baca

View details Kebimbangan semasa hamil dan penyelesaian diet
Artikel
Pregnancy concerns

Kebimbangan semasa hamil dan penyelesaian diet

Berikut adalah senarai beberapa kebimbangan semasa hamil yang biasa serta beberapa langkah tindakan positif yang boleh anda ambil yang mungkin memba

5 minit hingga baca

View details Minggu ke-24 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
24-Weeks Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-24 kehamilan: Perkembangan dan diet

Anda boleh rasa si manja anda bertindak balas terhadap bunyi bising dan anda dah membelainya? Kebanyakan wanita mengadu ini berlaku menjelang akhir trimester kedua.

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan
Artikel
3-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan

PERKEMBANGAN MINGGU KE-3

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
37-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si manja anda cenderung untuk menghalakan kepalanya ke bawah, lengannya bersilang, dan kaki terlipat di dada kerana tidak banyak ruang untuknya bergerak.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-18 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
18-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-18 kehamilan: Perkembangan dan diet

Banyak perkembangan yang berlaku dalam minggu 18, dari sel-sel saraf yang makin berganda hinggalah permulaan cap jari. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca

View details Pembedahan Caesarean: Apa yang perlu dipertimbangkan
Artikel
C-sections: What you need to consider

Pembedahan Caesarean: Apa yang perlu dipertimbangkan

Pembedahan Caesarean disebabkan sama ada anda tidak boleh melahirkan secara normal kerana faktor perubatan atau pembedahan secara elektif iaitu keputusan peribadi yang anda pilih.

2 minit hingga baca

View details Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ketahui 6 Tanda-tanda
Artikel
 Learn about the 6 signs of labour

Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ketahui 6 Tanda-tanda

Bagi ibu bapa yang menjangkakan anak pertama, anda mungkin tidak pasti apa yang diharapkan apabila anda hampir bersalin. Ketahui 6 Tanda-tandanya.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
31-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet

Menjelang hari yang dinantikan, si manja anda tidak lama lagi akan bergerak ke kedudukan di mana dia akan dilahirkan. Pandainya dia! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-12 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
12-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-12 kehamilan: Perkembangan dan diet

Tahniah! Anda kini hampir ke penghujung trimester pertama. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca

View details Rancang pelan bersalin anda
Artikel
Working out your birth plan

Rancang pelan bersalin anda

Kelahiran anak kurang menakutkan jika anda bersedia dengan pelan bersalin persalinan yang mudah dalam fikiran, bagi membantu hari tersebut berjalan dengan lancar.

2 minit hingga baca

View details Diet semasa Mengandung
Artikel
the start of lovin

Diet semasa Mengandung

Tempoh kehamilan anda adalah masa yang sungguh indah. Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang anak anda dalam kandungan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama anda.

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-25 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
25-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-25 kehamilan: Perkembangan dan diet

Dua minggu lagi akan berakhir trimester kedua. Anda sudah bersedia untuk menuju ke garisan penamat? Baca lebih lanjut bagaimana untuk melancarkannya.

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
6-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet

Pertumbuhan anak anda sememangnya luar biasa pada peringkat ini. Begitu banyak perkembangan menarik berlaku pada si kecil anda! Bacalah lebih lanjut mengenainya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

2 minit hingga baca

View details Minggu ke-38 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
38-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-38 kehamilan: Perkembangan dan diet

Dua minggu lagi! Ya, memang benar, si manja anda akan membuat ‘penampilan’ pertamanya tidak lama lagi. Semuanya telah sempurna, hanya menunggu harinya saja!

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
19-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet

Berat si manja dalam kandungan anda kini antara 300 dan 400 gram – lebih kurang sama berat dengan sebiji buah mangga harum manis. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.