Langkah Pertama dalam Pemberian Makanan Pepejal Kepada Si Manja
Pada usia 6 bulan, Si Manja yang sedang membesar mula memerlukan lebih banyak khasiat untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Bagaimanapun, sistem penghadamannya masih belum bersedia untuk makanan pepejal. Ia menandakan permulaan tempoh peralihan yang dikenali sebagai pemberian makanan pelengkap yang membantu Si Manja beralih kepada makanan pepejal pertamanya. Tanda-tanda Si Manja telah bersedia untuk mencuba makanan pepejal termasuk kemampuannya untuk duduk tegak dan menelan makanan. Dia juga mungkin menunjukkan minat kepada makanan anda dengan cuba mencapainya. Pada waktu ini, Si Manja tidak lagi mempunyai tindakan refleks yang menyebabkan lidah mereka terjelir.
Semasa tempoh ini, pemakanan Si Manja seharusnya mengikut ketetapan masa dan dalam kuantiti yang mencukupi. Selain daripada susu ibu, Si Manja seharusnya telah mula mendapat makanan bayi dengan tekstur yang sesuai. Sebagai permulaan, perkenalkan hanya satu makanan yang sesuai pada sesuatu masa. Mulakan dengan puri dan bijirin bayi yang halus dan bersusu dan beralih kepada pelbagai rasa dan tekstur yang berlainan apabila dia semakin besar. Jangan lupa untuk memerhatikan sebarang tindak balas negatif dan alergi makanan.
Si Manja memerlukan lebih zat besi berbanding orang dewasa (berdasarkan berat badan per kg). Jadi ia amat penting untuk memastikan Si Manja mendapat kandungan zat besi secukupnya kerana ia adalah nutrien utama untuk tumbesaran dan perkembangan optimum Si Manja. Tanpa zat besi yang mencukupi, Si Manja berisiko mengalami anemia sebab kekurangan zat besi.
Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah Bijirin Bayi CERELAC® untuk 6 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik B. lactis yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit. Setiap hidangan Bijirin Bayi CERELAC® membekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah keperluan harian zat besi Si Manja *.1
Jika anda ragu-ragu, anda boleh berbincang dengan pakar kanak-kanak Si Manja tentang bila dan apa yang boleh diberikan sebagai makanan Si Manja. Kami mendoakan yang terbaik untuk Si Manja semasa dia mula menerokai dan menikmati pelbagai makanan terbaharunya!
Tercari-cari lebih banyak tips untuk nutrisi Si Manja? Layari Sudut Resipi kami untuk membantu anda menyediakan pelbagai sajian enak yang sesuai untuk Si Manja pada setiap peringkat tumbesarannya.
*RNI (Saranan Pengambilan Nutrien) Malaysia untuk Zat besi:9mg/harian untuk bayi 6-11 bulan dan 6mg/harian untuk bayi 1- 3 bulan.
Rujukan:
1. NCCFN (2017). Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.